Harian Metro

Saja ‘provok’

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

Tidak berpuas hati serta provokasi dipercayai antara punca berlaku kekecohan membabitka­n calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dalam pemilihan di cabang Keningau, kelmarin.

Calon Ketua Cabang Keningau Johari Tahir ketika dihubungi mendakwa sebelum berlaku kekecohan, Rafizi memasuki dewan menerusi pintu belakang.

“Saya difahamkan beliau (Rafizi) cuba menghampir­i Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa perkara.

“Ada perkataan kasar diucapkan, kemudian kekecohan semakin meningkat apabila penyokong (Rafizi) menjadi agresif dengan memecahkan pintu masuk dan merosakkan dinding,” katanya.

Johari berkata, mereka yang terbabit dalam kekecohan itu bukan dari cabang Keningau, sebaliknya dipercayai penyokong yang dibawa dari luar dan laporan polis sudah dibuat bagi meminta perkara itu disiasat.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di luar dewan dan proses pemilihan masih berjalan lancar.

Kelmarin, Rafizi dilaporkan tidak berpuas hati kerana JPP memilih pusat pengundian di tempat yang sukar mengundi kerana talian telefon dan Internet yang perlahan.

Rafizi turut mendakwa beliau dihalang daripada memasuki dewan oleh sekumpulan individu daripada calon lain.

Kejadian itu turut dirakam dan rakaman video berdurasi tiga minit menunjukka­n Rafizi dikawal ketat ketika kekecohan berlaku dalam dewan dengan sebahagian individu cuba memasuki dewan dengan merosakkan dawai besi tular di media sosial.

Rafizi juga membuat laporan polis mendakwa diserang ketika proses pemilihan di cabang itu.

„ Kekecohan pemilihan PKR Keningau babit orang luar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia