Harian Metro

4 EVOLUSI SI PENIPU

„ Macau Scam dikesan paksa mangsa buka akaun perbankan dalam talian dengan pendaftara­n guna nombor telefon suspek

- Teoh Pei Ying dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Sindiket Macau Scam dikesan mengalami ‘evolusi’ apabila mengguna pakai modus operandi baru bertujuan memastikan mangsa mereka terjerat.

Terbaru, sindiket itu dikesan menggunaka­n helah memaksa mangsa membuat akaun perbankan dalam talian dengan pendaftara­n menggunaka­n nombor telefon suspek bagi membolehka­n transaksi wang dilakukan penjenayah terbabit.

Pemilihan mangsa dilakukan secara rawak, namun kebanyakan mereka yang tertipu membabitka­n warga emas serta tidak pernah mendaftar akaun perbankan secara dalam talian,

Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, bermula pada 2012, terdapat empat perubahan taktik utama dikesan membabitka­n sindiket Macau Scam di negara ini.

“Sindiket itu yang didalangi warga asing pada mulanya menubuhkan pusat panggilan di negara ini dengan menjadikan individu dari negara asal mereka sebagai mangsa.

“Selepas itu, sindiket mula berkembang apabila ada di antara rakyat Malaysia yang belajar kaedah penipuan sindiket itu untuk menipu orang luar (warga asing).

“Ini berdasarka­n tangkapan individu warga tempatan yang didapati melakukan kegiatan itu sebelum ia terus berkembang dengan menyasarka­n rakyat tempatan sebagai mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis JSJK Bukit Aman.

Ahmad Noordin berkata, perasaan takut antara punca utama dikesan menyebabka­n mangsa tertipu dengan sindiket terbabit selepas diugut penjenayah yang menyamar sebagai pegawai polis, kastam, mahkamah atau bank.

“Modus operandi mereka adalah menyamar sebagai pegawai penguat kuasa dan memaklumka­n bahawa mangsa mempunyai kes jenayah atau membuat pinjaman dengan bank tertentu.

“Malah, sindiket itu licik dengan menyatakan maklumat peribadi mangsa bagi meyakinkan mangsa supaya mereka percaya terhadap panggilan.

“Mangsa yang panik kemudian diminta untuk menyerahka­n wang kononnya bagi menyelesai­kan perkara itu selain diugut supaya tidak mendedahka­n perkara berkenaan kepada sesiapa bagi mengelak tindakan dikenakan terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata, kini muncul taktik terbaru sindiket terbabit iaitu meminta mangsa mendaftar akaun perbankan secara dalam talian dengan menggunaka­n nombor telefon milik suspek bagi memudahkan penerimaan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC).

“Dalam era teknologi ini, kebanyakan pemilik akaun mendaftark­an akaun mereka secara dalam talian. Namun ada juga yang masih dengan simpanan wang di dalam bank secara konvension­al terutama di kalangan warga emas sekali gus menjadikan mereka mangsa ‘mudah’ sindiket terbabit,” katanya.

Katanya, orang ramai diingatkan supaya berwaspada terhadap panggilan telefon mencurigak­an memandangk­an pihak polis serta institusi kewangan tidak pernah membuat sebarang urusan melalui panggilan telefon.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA serbuan yang dilakukan anggota polis ke atas markas Macau Scam di sekitar ibu kota sejak 2015.
ANTARA serbuan yang dilakukan anggota polis ke atas markas Macau Scam di sekitar ibu kota sejak 2015.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia