Harian Metro

‘Demi anakku Irfan’

- Noor Hidayah Tanzizi cnews@nstp.com.my

„ Wanita berhenti kerja jaga zuriat bongsu hidap kanser mata

di hospital, namun semua berubah selepas berlaku pendarahan pada mata Irfan akibat tercucuk hujung payung ketika bermain dengan kakaknya pada 14 September lalu.

“Selepas rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, kami dimaklumka­n masih ada pendarahan di belakang mata dan Irfan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya pada majlis Makan Malam Kelab Pemilik Proton Perdana Malaysia (PROPERD) di sini, kelmarin.

Irfan antara 45 pesakit kanser, orang kurang upaya (OKU), anak asnaf dan yatim yang disantuni aktivis sosial, Rohaidatul Asma Jusoh serta diraikan bersama ahli keluarga mereka.

Program berkenaan anjuran PROPERD dengan kerjasama Rohaidatul Asma turut menyampaik­an sumbangan wang tunai, hamper dan peralatan sekolah kepada 45 individu berkenaan.

Rosmawati berkata, pembedahan membuang pendarahan itu dilakukan pada 24 September lalu, tetapi sebelum itu doktor memaklumka­n anaknya menghidap kanser mata tahap awal dan boleh merebak ke mata kiri jika tidak dirawat.

“Dunia saya gelap sebaik berita itu dimaklumka­n kerana pada mulanya kami ke sana hanya untuk pembedahan biasa .... tidak sangka dapat berita yang lebih berat,” katanya.

Menurutnya, dia kuatkan semangat selain mendapat sokongan suami, Noor Mazlan Abdul Majid, 34, kerana fikir anak ada harapan untuk sembuh memandangk­an penyakit dihidapi masih di peringkat awal.

“Awal bulan lalu kisah Irfan tular di Facebook, (tetapi) saya bimbang jika ada yang fikir kami mengambil kesempatan, namun selagi terdaya kami akan berusaha tetapi tidak menolak jika ada yang mahu membantu,” katanya.

 ??  ??
 ?? Rosmawati Abdul Latif ?? ROSMAWATI mendukung Irfan. Dunia saya gelap sebaik berita itu dimaklumka­n kerana pada mulanya kami ke sana hanya untuk pembedahan biasa .... tidak sangka dapat berita yang lebih berat”
Rosmawati Abdul Latif ROSMAWATI mendukung Irfan. Dunia saya gelap sebaik berita itu dimaklumka­n kerana pada mulanya kami ke sana hanya untuk pembedahan biasa .... tidak sangka dapat berita yang lebih berat”
 ??  ?? KANAK-KANAK pesakit kanser, OKU, anak asnaf dan yatim dirai pada Majlis Makan Malam PROPERD dengan kerjasama Rohaidatul Asma.
KANAK-KANAK pesakit kanser, OKU, anak asnaf dan yatim dirai pada Majlis Makan Malam PROPERD dengan kerjasama Rohaidatul Asma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia