Harian Metro

Balik rumah ‘disambut’ air lumpur

-

“Sebaik pintu dibuka, air lumpur ‘meluru’ keluar dari rumah,” kata Norazmah Ismail, 50, yang sebahagian rumahnya roboh dilanda tanah runtuh di Kampung Pelangai Hilir di sini, semalam.

Norazmah bersama suami, Malik Hassan, 62, tiada di rumah ketika kejadian kerana mengunjung­i anak di Seremban.

Mereka hanya menyedari kejadian itu apabila pulang jam 3 pagi semalam.

“Saya berasa tidak sedap hati apabila melihat rumah berada dalam keadaan gelap kerana kami memasang beberapa lampu ketika keluar Jumaat lalu. Saya menyangka bekalan elektrik terputus disebabkan petir.

“Bagaimanap­un, saya terkejut sebaik membuka pintu depan. Bahagian dalam rumah termasuk ruang tamu dan bilik dibanjiri air lumpur setinggi 0.3 meter.

“Lebih mengejutka­n apabila melihat bahagian dapur roboh dilanda tanah runtuh dari lereng bukit di belakang rumah,” katanya di rumahnya, semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Khairel Anuar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.14 pagi semalam dan sebuah jentera dengan lima anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Demi memastikan anak bongsunya yang disahkan meng hidap kanser mata mendapat penjagaan baik, seorang ibu sanggup berhenti kerja walaupun menyedari perbelanja­an keluarga mereka akan terjejas.

Rosmawati Abdul Latif, 34, berkata, mata kanan Muhamad Noor Irfan Noor Mazlan, 2, atau Irfan, kini tidak boleh melihat akibat kanser dan hanya bergantung pada penglihata­n mata kirinya.

Dia yang tinggal di Taman Medan Klebang Prima, Ipoh berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu dilahirkan normal, tetapi mata kanannya berubah juling ketika berusia 17 bulan.

“Pada mulanya kami ingat mata dia juling biasa dan bercadang membuat terapi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia