Harian Metro

3,000 kali sabung nyawa

- Muhammad Saufi Hassan cnews@nstp.com.my

„ Penerjun pelantar tertua dunia idam lompat dari Menara Burj Khalifa

Lebih 3,000 terjunan sudah dilakukann­ya dan memasang impian untuk melakukan aksi di puncak Menara Burj Khalifa, Dubai, Emiriah Arab Bersatu, sekali gus dinobatkan sebagai penerjun pelantar tertua dunia.

Itu hasrat Jamaluddin Ismail, 64, yang tidak pernah melihat angka sebagai penghalang terhadap minatnya dalam sukan mencabar terutama terjunan pelantar.

Menurutnya, dia sudah biasa dengan cabaran dan bahaya kerana sejak muda terdedah dengan pelbagai latihan mencabar.

Jamaluddin yang juga bekas anggota pasukan elit Grup Gerak Khas (GGK), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, bukan ingin bangga diri atau sebaliknya namun sejak muda, dia sudah terdedah dengan bermacam bahaya hingga jatuh cinta dengan sukan terjunan ini.

“Setidaknya acara sukan mencabar ini mengubat rindu saya sebagai bekas anggota GGK. Saya memang rindu untuk bertugas menjadi anggota GGK namun saya perlu akur bahawa kini saya hanya seorang warga emas dan sudah berpencen daripada penugasan berkenaan.

“Menerusi sukan ini, saya dapat kembali mengimbau detik manis ketika menjadi anggota pasukan elit dulu.

“Saya memang sukakan cabaran kerana setiap terjunan mempunyai cabaran tersendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jamaluddin yang juga pemegang Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori sukan terjunan bebas paling tua berkata, dia berharap impiannya untuk terjun dari puncak Menara Burj Khalifa dapat direalisas­ikan

 ??  ??
 ??  ?? JAMALUDDIN menunjukka­n pencapaian dan trofi sebagai penerjun tertua.
JAMALUDDIN menunjukka­n pencapaian dan trofi sebagai penerjun tertua.
 ??  ?? MEMBUAT persiapan terjunan sempena sambutan kemerdekaa­n di Karnival Perlancong­an dan Kesenian Merdeka di Padang MPK 3, Kuantan.
MEMBUAT persiapan terjunan sempena sambutan kemerdekaa­n di Karnival Perlancong­an dan Kesenian Merdeka di Padang MPK 3, Kuantan.
 ??  ?? GAMBAR kenangan ketika berkhidmat sebagai anggota GGK ATM.
GAMBAR kenangan ketika berkhidmat sebagai anggota GGK ATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia