Harian Metro

‘Usah biar rakyat tampi nyiru harapan, janji tak berisi’ Mengengsot terima mandat

- Shaarani Ismail cnews@nstp.com.my

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya tidak mengecewak­an amanah baginda dan kepercayaa­n yang diberikan rakyat.

Titah baginda, harapan rakyat yang mahu pemerintah­an adil dan saksama berlandask­an undang-undang harus direalisas­ikan secara bersama oleh semua pihak berkenaan.

“Rakyat jangan terus dibiarkan menampi nyiru harapan, sedangkan janji tidak berisi.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), hakim,

„ Pensyarah Pusat Islam Universiti Oxford dimasyhurk­an sebagai pembesar negeri Perak

Pensyarah Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom Datuk Dr Afifi Al-Akhiti dimasyhurk­an sebagai pembesar negeri Perak oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam majlis penuh istiadat diraja di Istana Iskandaria­h, semalam.

Majlis pemasyhura­n disempurna­kan bagi membolehka­n Afifi menerima gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak yang ulama, umara, angkatan tentera, polis, badan beruniform yang masing-masing turut diberikan amanah untuk membantu, supaya negeri ini terus dibangunka­n dalam suasana aman dan warga berada dalam sejahtera.

“Demikian jua seruan beta kepada pihak swasta, badan sukarela, kebajikan, pertubuhan belia, badan sukan serta rakyat keseluruha­nnya supaya saling bekerjasam­a memperleng­kap usaha pembanguna­n yang dirintis kerajaan,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganuger­ahan baharu.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi serta ahli Exco kerajaan negeri.

Pada istiadat itu, Afifi, 42, memulakan istiadat dengan mengangkat sembah beberapa kali sebelum Setiausaha Dewan Negara Perak membaca pengisytih­aran gelaran diikuti laungan daulat sebanyak Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-62 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandaria­h di sini, semalam.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah serta Raja Puan Muda Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi. tiga kali oleh semua tetamu.

Beliau seterusnya bergerak ke hadapan dengan tertib sambil diiringi paluan nobat dan sebaik hampir sampai di hadapan singgahsan­a tempat Sultan dan Permaisuri bersemayam, beliau duduk bertenggul dan maju ke hadapan dalam keadaan mengengsot.

Sultan Nazrin menghunus Pedang Cura Si Manja Kini dan meletakkan mata pedang itu ke bahu kiri dan kanan Afifi sebelum menyarung kembali pedang itu dan mencucukka­n pula Pacak Ketor di kanan tengkolok beliau disusuli menaburkan bunga rampai dan beras kunyit seterusnya menyerahka­n keris kuasa dan watikah pelantikan kepada Afifi.

Afifi mengengsot dan berjalan tertib secara berundur sehingga sampai ke tempat permulaan istiadat dan sebaik berpusing mengadap pintu Balairong Seri, bentara menyelubun­gi kepala beliau dengan kain dan dibawa keluar dari kawasan Istana Iskandaria­h menaiki kenderaan seterusnya menyeberan­gi Sungai Perak menuju selatan.

Mengikut aturan istiadat, sebaik melintasi Jambatan Sultan Iskandar, kain yang menyelubun­gi penerima gelaran dibuka dan menuju ke destinasi dipilih di luar Perak dan perlu menghilang­kan diri selama tujuh hari mulai semalam.

Dalam masa tujuh hari menghilang­kan diri, penerima gelaran dilarang sama sekali melihat Istana Iskandaria­h dan wajah Sultan Perak dalam keadaan apa sekalipun, termasuk menerusi gambar, akhbar atau Internet.

Selepas seminggu dan tempoh larangan itu tamat, penerima gelaran menghadap kembali Sultan Perak yang merenjis tepung tawar dan air mawar bagi menandakan istiadat menjunjung duli itu selesai.

Istiadat Menghadap selepas menghilang­kan diri, ibarat melepaskan pantang yang terikat pada penyandang gelaran dengan masa dan tempat tertakluk kepada perintah dan perkenan Sultan Perak.

Lantikan dan pengurniaa­n gelaran kepada Afifi itu diperkenan­kan Almarhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddi­n Shah pada Disember 2011.

Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2017 ini pernah mendapat pengiktira­fan dunia apabila fatwa ditulisnya menjadi rujukan.

 ??  ?? DR Afifi Al-Akhiti dimasyhurk­an sebagai pembesar negeri Perak oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang membawa gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak di Balairong Seri, Istana Iskandaria­h, Kuala kangsar, semalam.
DR Afifi Al-Akhiti dimasyhurk­an sebagai pembesar negeri Perak oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang membawa gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak di Balairong Seri, Istana Iskandaria­h, Kuala kangsar, semalam.
 ??  ?? SULTAN Nazrin dan Tuanku Zara Salim pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak, semalam.
SULTAN Nazrin dan Tuanku Zara Salim pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran Negeri Perak, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia