Harian Metro

Penangan JBR Bundle

- Salman Hamat dan Amir Abd Hamid cnews@nstp.com.my

Lapan sekeluarga sanggup menempuh perjalanan hampir sembilan jam membabitka­n jarak kira-kira 600 kilometer dari Bang Pu, Pattani, Thailand untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang mendapatka­n barangan terbaik pada pembukaan cawangan baru JBR Bundle di Bandar Sri Damansara, di sini, Sabtu lalu.

Warga negara jiran itu, Kasma Kassim, 26, berkata, dia dan suaminya, Sabri Abdul Razak, 31, serta keluarga bertolak dari Bang Pu kira-kira jam 2 pagi kerana mahu menjadi antara pelanggan terawal berada di pusat pakaian dan barangan terpakai terbabit.

Dia yang turut menjual pakaian terpakai atau bundle sanggup hadir berikutan JBR Bundle menjual secara pukal untuk peniaga kecil-kecilan sepertinya.

“JBR Bundle turut terkenal di Thailand khususnya di wilayah selatan berikutan sering membantu masyarakat Islam Pattani yang mahu menceburka­n diri dalam perniagaan sama.

“Kualiti barangan import dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Australia dan Korea memang memuaskan,” katanya.

Kasma sekeluarga antara ribuan peminat bundle yang menunggu sejak pagi di hadapan pintu masuk cawangan terbaru JBR Bundle itu yang mula dibuka kepada penggemar pakaian serta barangan bermula jam 12 tengah hari.

Pemilik yang juga Pengarah JBR Bundle, Abdul Jabbar Bachtiar Nasution, 33, berkata, lebih 120,000 pakaian berjenama selain barangan lain ditawarkan kepada peminat tegar bundle di cawangan JBR Bundle di Bandar Sri Damansara itu.

Tinjauan Harian Metro mendapati ribuan peminat mula menunggu sejak pagi di hadapan pintu masuk cawangan

„ Lapan sekeluarga tempuh perjalanan selama 9 jam ke pembukaan cawangan baru di Bandar Sri Damansara

terbaru JBR Bundle itu termasuk yang membawa guni untuk mendapatka­n barangan idaman.

“Sempena pembukaan cawangan JBR Bundle terbaru ini, kami turut mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah dua keping baucar bernilai RM500 setiap satu.

“Pelanggan juga diberi tawaran beli satu percuma satu bagi setiap pakaian berharga RM5 untuk tiga jam pertama selepas cawangan itu dibuka.

“Selain itu, dua pelanggan bertuah juga akan dihubungi untuk hadir pada Sabtu ini bagi diberi peluang secara eksklusif memilih lima unit yang dimahukan dalam tempoh 10 minit secara percuma. Contohnya jika hendak lima kasut jenama Timberland, pilih saja atau barangan lain pun boleh dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Abdul Jabbar berkata, tawaran istimewa itu diberikan bagi menghargai sokongan pelanggan yang tidak pernah putus sejak cawangan pertama dibuka pada 2007.

Menurutnya, dijangkaka­n dalam tempoh tiga hari bermula hari pembukaan Sabtu lalu, seramai 50,000 pelanggan hadir memilih pakaian dan barangan di JBR Bundle, Bandar Sri Damansara.

Sementara itu, peniaga bundle kecil-kecilan dari Kuala Langat, Zamshairi Abu Bakar, 32, berkata, dia keluar rumah jam 7 pagi dan sanggup bersesak di hadapan pintu JBR Bundle sejak jam 10 pagi sebab yakin hasilnya tentu berbaloi.

“Saya bawa guni untuk membeli pelbagai barangan di sini,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Jabbar menunjukka­n barangan yang dijual di JBR Bundle, cawangan Bandar Sri Damansara.
ABDUL Jabbar menunjukka­n barangan yang dijual di JBR Bundle, cawangan Bandar Sri Damansara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia