Harian Metro

Empat tokan dadah ditahan

-

Kumpulan pengedar dadah yang menjadikan daerah ini sebagai lokasi penjualan bahan terlarang itu tumpas apabila diberkas dalam serbuan di sebuah kondominiu­m di Jalan

Ipoh, Batu 4 1/2, di sini.

Dalam serbuan jam 8.40 pagi pada 25 Oktober lalu, empat individu ditahan bersama dadah jenis Methamphet­amine dianggarka­n bernilai RM19,000.

Ketua Polis Daerah

Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamo­orthy Chinniah berkata, dalam serbuan itu anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul, menemui 12 peket lut sinar serbuk disyaki dadah dan wang tunai RM100.

Katanya, empat individu yang ditahan membabitka­n tiga lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Thailand.

“Pada 23 Oktober lalu, pihak BSJND Sentul menerima maklumat aktiviti pengedaran dadah Methamphet­amine di kawasan Jinjang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota BSJND Sentul membuat serbuan ke sebuah kondominiu­m di Jalan Ipoh, di sini, dan menahan tiga lelaki warga tempatan bersama seorang wanita warga Thailand masing-masing berusia 30 hingga 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil serbuan di kediaman itu, pihaknya menemui 12 peket lut sinar serbuk putih disyaki Methamphet­amine dengan berat 126.95 gram bernilai RM19,000 selain wang tunai berjumlah RM100.

“Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B

Akta Dadah Berbahaya

1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia