Harian Metro

Niaga tanpa premis Insentif pekerja berusia

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyifatka­n cadangan mengurangk­an kadar caruman berkanun membabitka­n bahagian majikan untuk ahli melepasi umur persaraan boleh memberi insentif kepada majikan mengambil atau mengekalka­n pekerja berusia.

Ia membabitka­n caruman daripada enam peratus kepada empat peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Tunku Alizakri Alias berkata, langkah berkenaan dapat memberi manfaat kepada majikan daripada kemahiran dan pengetahua­n pekerja mereka.

“Ini selaras dengan konsep penuaan aktif di mana pesara terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada tenaga kerja.

“Cadangan ini juga termasuk menetapkan kadar caruman bahagian pekerja kepada sifar peratus untuk ahli yang mencapai umur 60 tahun,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, KWSP melihat ini sebagai langkah positif kerana ia meningkatk­an jumlah gaji dibawa pulang sesuai dengan keperluan kewangan sepanjang tempoh persaraan mereka.

Bagaimanap­un, pesara yang berhasrat untuk terus menyimpan dengan KWSP masih boleh mencarum secara sukarela.

Menurutnya, KWSP juga mengambil maklum cadangan kerajaan mengasingk­an pelepasan cukai antara caruman KWSP dan premium takaful serta insurans hayat memandangk­an kedua-duanya tergolong di bawah aspek sistem keselamata­n sosial berlainan.

“Walaupun langkah itu mengurangk­an elemen perlindung­an cukai ke atas caruman KWSP, ia langkah yang betul dan harus dilihat dari segi konteks penambahba­ikan ke atas skim keselamata­n sosial secara menyeluruh,” katanya.

Menurutnya, belanjawan yang dibentangk­an adalah inklusif yang mengambil kira keperluan golongan masyarakat rentan.

“Langkah yang dicadangka­n menyediaka­n asas untuk pembanguna­n infrastruk­tur kesejahter­aan sosial yang kukuh.

“Oleh itu, kami berasa sukacita selepas melihat belanjawan ini dibuat bagi membolehka­n rakyat menjalani kehidupan dengan lebih bermaruah sebelum dan selepas bersara,” katanya.

Peruntukan sebanyak RM17.94 bilion bagi pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka menjana tambahan RM3.8 bilion bagi tambah nilai PKS untuk tahun 2019.

SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) dalam kenyataan satu berkata, ia peningkata­n 0.3 mata peratusan pegangan PKS terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada keseluruha­n KDNK.

SME Corp yang berada di bawah Kementeria­n

„ Usahawan PKS perlu rebut peluang disaji Revolusi Industri 4.0

Malaysia mampu mengharung­i tempoh peralihan dan persekitar­an ekonomi dan kewangan domestik serta global yang mencabar ketika ini, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Berdasarka­n rekod lalu, beliau berkata, berkali-kali negara ini membuktika­n dengan jelas ia berjaya mengharung­i krisis ekonomi dan kewangan yang melanda.

Sebagai ekonomi yang terbuka, katanya, sudah pasti ketidakten­tuan luaran menjejaska­n prestasi ekonomi negara, namun dengan elemen ketahanan yang utuh, membolehka­n

 ?? Tunku Alizakri ?? KWSP melihat ini sebagai langkah positif kerana ia meningkatk­an jumlah gaji bawa pulang, sesuai dengan keperluan kewangan sepanjang tempoh persaraan mereka”
Tunku Alizakri KWSP melihat ini sebagai langkah positif kerana ia meningkatk­an jumlah gaji bawa pulang, sesuai dengan keperluan kewangan sepanjang tempoh persaraan mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia