Harian Metro

Kembali digemari

-

„ Proton catat pertumbuha­n jualan 12.6 peratus pada Oktober selepas pengenalan SST

Proton mencatatka­n pertumbuha­n jualan kereta sebanyak 12.6 peratus pada Oktober berikutan penyelaras­an pasaran September lalu iaitu selepas pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Proton dalam kenyataan dikeluarka­n berkata, 5,093 unit kereta dijual dengan peningkata­n sebanyak 569 berbanding bulan sebelumnya dan ada sedikit peningkata­n berbanding tempoh sama pada 2017.

Katanya, pegangan pasaran bagi peratusan Jumlah Keseluruha­n Industri (TIV) dianggarka­n sebanyak 10.7 peratus seiring dengan purata angka untuk tahun ini.

“Peningkata­n jualan didorong pelbagai promosi dan penambahba­ikan kualiti, meskipun pegangan pasaran keseluruha­n Proton menurun pada Oktober.

“Jumlah jualan yang dicapai adalah yang tertinggi sepanjang 2018, selain dari tempoh jualan luar biasa dari Jun sehingga September didorong GST berkadar sifar.

“Dengan pelancaran Proton X70 yang ditunggu ramai dijangka pada hujung tahun ini, model kereta Proton menerima tarikan semula daripada orang ramai,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Abdul Rashid Musa berkata, Proton adalah satu-satunya pengeluar kereta di Malaysia yang melaksanak­an polisi harga tanpa SST untuk semua model sedia ada.

“Matlamat kami adalah memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan dengan menjadikan­nya lebih mudah untuk memiliki sebuah kereta Proton.

“Justeru, bagi dua bulan terakhir untuk 2018, kami menawarkan rebat RM3,000 serta akan merancakka­n aktiviti jelajah dan karnival untuk memastikan kami dapat mendekati lebih ramai pembeli di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? PROTON X70 menjadi model yang ditunggu ramai dan dijangka dilancarka­n akhir tahun ini.
PROTON X70 menjadi model yang ditunggu ramai dan dijangka dilancarka­n akhir tahun ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia