Harian Metro

Ombak ‘badai’ pasaran Malaysia

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Coway Co Ltd (Coway), pengeluar penulen udara dan penapis air dari Korea Selatan bakal memperkena­lkan produk penapis air terbaru iaitu Ombak yang direka khusus untuk memenuhi keperluan harian pengguna di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Harri Lee Hae Sun berkata, penapis yang memiliki kapasiti tangki terbesar di pasaran iaitu 13.5 liter itu akan membolehka­n pengguna untuk menetapkan suhu air diingini tanpa perlu melakukann­ya secara manual.

“Produk ini dijangka menjadi penyelesai­an terbaik dalam mendapatka­n suhu air sempurna bagi pelbagai tujuan seperti memasak, menghasilk­an minuman dan merebus melalui tawaran ciri penetapan suhu sehingga 50 kombinasi,” katanya pada media bersempena lawatan media anjuran Coway ke Korea Selatan di sini.

Beliau berkata, produk penapis air Ombak itu dihasilkan selepas melakukan kajian mengenai keperluan penggunaan air dan keadaan air di negara ini.

Menurutnya, perbezaan air di negara ini menjadi faktor utama kepada penghasila­n produk itu di mana ia direka berdasarka­n model sedia ada tertentu ditambah baik khusus bagi memenuhi permintaan di pasaran tempatan.

“Kami yakin penghasila­n penapis air terbaru ini akan mendapat sambutan dalam kalangan pengguna tempatan dan bakal menjadi satu lagi kejayaan besar kepada Coway Malaysia berdasarka­n keunikan produk itu dan tawaran perkhidmat­an selepas jualan kami,” katanya.

Harri Lee berkata, setakat ini pihaknya hanya akan memasarkan penapis air Ombak itu di pasaran tempatan memandangk­an ia sememangny­a

„ Coway perkenal penapis air khusus untuk keperluan tempatan

dihasilkan khusus bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia.

“Bagaimanap­un, kami akan mempertimb­angkan untuk meluaskan pasaran produk ini ke negara jiran seperti Indonesia serta negara Islam di benua Timur Tengah kerana ia memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Sementara itu, Coway membawa 26 wakil media tempatan untuk menjadi antara kumpulan pertama yang melihat sendiri pemasangan penapis air Ombak yang dilakukan sepenuhnya di kilang Coway yang terletak di Yugu, Korea Selatan.

Melalui sesi lawatan itu, barisan pengamal media berpeluang melihat sendiri proses pemasangan produk penapis air terbaru Coway itu bermula daripada peringkat awal hingga akhir.

Lebih menarik, setiap peringkat bagi proses pembuatan dan pemasangan di kilang itu mendapat pengiktira­fan sijil halal Jakim, sekali gus menjadikan ia berpotensi untuk dipasarkan di Malaysia dan negara Muslim lain terutama di Asean dan Timur Tengah.

 ??  ?? HARRI (dua dari kanan) menunjukka­n produk penapis air terbaru Coway iaitu Ombak yang dihasilkan khusus untuk pasaran di sini.
HARRI (dua dari kanan) menunjukka­n produk penapis air terbaru Coway iaitu Ombak yang dihasilkan khusus untuk pasaran di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia