Harian Metro

Remaja layan kekasih hingga keluarga muflis

-

Shandong: Orang biasa kata ‘cinta itu buta.’ Mungkin sebab itulah cinta boleh bawa pelbagai kisah sama ada lucu hinggalah kepada tragedi yang tidak disangka-sangka.

Inilah yang menimpa satu pasangan di timur China yang bankrap gara-gara perbuatan anak lelaki mereka menghabisk­an wang simpanan keluarga untuk memikat teman wanitanya melalui perbualan atau strim secara langsung, atau ‘live stream’ di media sosial.

Laporan media tempatan menyatakan, remaja pasangan terbabit berbelanja AS$37,000 (RM154,012), wang yang dirancang ibu bapanya untuk membeli rumah baharu.

Remaja itu dilaporkan amat menyayangi seorang wanita yang memintanya melabur lebih banyak dalam sesi strim secara langsung di laman media sosial berkenaan bagi meningkatk­an populariti­nya, Ogos lalu.

Dalam tempoh lima hari, dia berbelanja 210,000 yuan (RM126,869) semata-mata untuk mengekalka­n hubungan dengan wanita itu.

Perbelanja­annya hanya diketahui pada 19 Oktober lalu selepas bapanya mendapati hanya tinggal satu yuan (RM0.60) dalam akaunnya.

Sekalipun cuba beberapa kali untuk berunding dengan wanita terbabit, keluarga remaja itu gagal mendapatka­n semula wang mereka, lapor Sina News.

Disebabkan bilangan lelaki melebihi wanita dengan jumlah 34 juta di China, semakin ramai lelaki bujang terbabit dalam strim secara langsung untuk mengatasi rasa sunyi.

Atas kesedaran itu, banyak syarikat mengambil peluang daripada keadaan ini dengan mewujudkan saluran strim secara langsung dengan menggilirk­an petugas wanita masing-masing melayan lelaki 24 jam setiap hari.

Bilangan orang yang terbabit dalam strim secara langsung dijangka mencapai 456 juta, lebih separuh daripada pengguna Internet di negara itu.

Pendedahan mengenai penipuan turut menyebabka­n industri itu menghadapi tindakan tertentu oleh pihak berkuasa, tahun lalu.

China ketika ini menetapkan bahawa sesiapa yang melakukan strim secara langsung perlu ada lesen dan memiliki kelengkapa­n menapis ketika sesi itu disiarkan.

Awal tahun ini, China melakukan pemeriksaa­n ke atas lebih 5,000 app strim secara langsung, menutup 370 app kerana ada bahan lucah atau pornografi selain menghasut jenayah, lapor China Daily. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia