Harian Metro

Bunuh, ambil swafoto

- Agensi

„ Lelaki didapati bersalah bunuh bapa saudara sekeluarga termasuk dua sepupu masih kecil Dia tahu membezakan antara baik dan buruk, serta akibat daripada perbuatann­ya. Ia bukan tindakan yang melulu, ia dirancang dan dia sedar akan akibatnya”

Juri

Seorang lelaki didapati bersalah oleh sebuah mahkamah Sepanyol di sini, selepas membunuh dua sepupunya berusia setahun dan tiga tahun serta ibu bapa mereka yang dikerat tubuhnya selepas mengambil swafoto bersama mayat mangsa.

Patrick Nogueira, 21, melarikan diri ke negara asalnya Brazil sebaik membunuh keluarga itu di rumah mereka di kampung Pioz berhampira­n Guadalajar­a pada Ogos 2016.

Dia kembali ke Sepanyol pada Oktober 2016 dan menyerah diri kepada polis selepas mayat keluarga itu ditemui dalam beg plastik di kediaman mereka.

Mayat ibu dan bapa saudara Nogueira, kedua-duanya berasal dari Paraiba, Brazil ditemui dalam keadaan dikerat-kerat.

Peguam bela bertegas bahawa Nogueira mengalami masalah mental dan berharap pengakuann­ya akan dapat meringanka­n hukuman.

Namun, juri mendapati Nogueira ‘dengan sengaja’ membunuh empat mangsa terbabit.

“Dia tahu membezakan antara baik dan buruk, serta akibat daripada perbuatann­ya. Ia bukan tindakan yang melulu, ia dirancang dan dia sedar akan akibatnya,” kata juri membuat kesimpulan.

Mahkamah akan memutuskan hukumannya pada tarikh lain. Nogueira berdepan penjara seumur hidup dengan pendakwa dilaporkan memohon tertuduh dijel 40 tahun.

 ??  ?? NOGUEIRA
NOGUEIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia