Harian Metro

‘kualiti skrip keutamaan saya’

- DARI MUKA 42

“Terima kasih saya ucapkan kepada ASK dan TV3 kerana memberi peluang kepada Dukun yang ‘terperam’ selama 12 tahun untuk turut bertanding. Ini memang rezeki,” katanya.

Menurut pelakon yang enam kali memenangi anugerah di ASK sejak

1999 itu, dia sememangny­a inginkan kemenangan dalam kategori yang tercalon.

“Tipu kalau saya kata saya tak mahu menang.

Ini kerana saya sudah berusaha keras untuk menjayakan karakter ini.

“Sebelum saya berlakon watak ini pun, saya sudah tahu ini adalah satu ‘winning character’. Cuma bagaimana saya membawa watak itu saja yang mampu meletakkan­nya sebagai ‘winning character’,” katanya.

Ditanya mengenai formulanya untuk terus berada di tahap tersendiri dalam dunia lakonan, Umie tidak meletakkan sebagai formula rahsia.

“Keutamaan saya adalah kualiti skrip, tidak kiralah filem atau drama yang ditawarkan kepada saya.

“Kalau bajet sesuatu produksi itu tidak besar mana, tapi skripnya berkualiti, saya boleh untuk bawa berbincang kerana akan berikan komitmen 100 peratus ketika berada di set penggambar­an,” katanya.

Ditanya sama ada penonton akan melihat lakonannya yang setara dengan watak Diana Dahlan pada masa depan, Umie akan pertimbang­kan.

“Namun, untuk membawa watak sebegitu lagi mungkin sudah terhad memandangk­an saya sudah bertudung. Tapi, kalau ada tawaran untuk watak berat, saya akan pertimbang­kan.

Umie akui memang rindu melakonkan watak berat

“Sebenarnya memang penat untuk mengeluark­an tenaga bagi menjayakan sesuatu watak yang berat. Namun, saya akui rindu untuk melakonkan watak berat,” katanya.

NAD ZAINAL

DALAM FATONAH AZALI

Kemenangan Nad Zainal di ASK 2018 adalah rezeki besar buatnya yang sebelum ini pernah dicalonkan empat kali.

“Saya pernah tercalon selama empat kali dalam Top 5, namun tidak ada rezeki untuk menang. Kali ini, rezeki berpihak kepada saya,” katanya

 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN OAG membuat persembaha­n.
KUMPULAN OAG membuat persembaha­n.
 ??  ?? SYAFIQ dan Amyra turut bawa pulang trofi .
SYAFIQ dan Amyra turut bawa pulang trofi .
 ??  ?? SHAHEIZY dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik Filem .
SHAHEIZY dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik Filem .
 ??  ?? FAUZIAH
FAUZIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia