Harian Metro

Dulu ke mana- mana bersama kini dah tak ‘ngam’

-

Hubungan baik pelakon wanita ini dengan pasangan selebriti terkenal tidak perlu disangkal lagi. Setiap apa yang dibuat pasangan itu pasti membabitka­n pelakon wanita ini.

Malah, dalam industri hiburan ramai yang cemburu dengan hubungan akrab mereka. Apa tidaknya, serba-serbi mengenai pelakon wanita ini adalah yang terbaik di mata mereka.

Namun, baru-baru ini ada berita kurang enak singgah ke telinga SS yang mengatakan kedua-dua pihak sudah ‘potong kek’ atau bahasa mudahnya sudah tidak berkawan baik.

SS pun tidak tahu apa punca sebenarnya, cuma menurut rakan SS mereka tidak pernah dilihat bersama lagi. Berbanding dulu boleh dikatakan 24 jam ada saja wajah mereka bersama di Instagram masing-masing.

Menguatkan lagi gosip rakan SS apabila pasangan itu tidak lagi mengikuti pelakon wanita itu di Instagram.

Bagi memastikan kesahihann­ya, SS pun cuba ‘stalk’ Instagram pasangan itu dan ia ternyata benar, tetapi pelakon itu masih ‘follow’. Mungkin atas dasar hormat.

Seperkara lagi kata rakan SS, pasangan itu kerap kali memuat naik status menyindir pelakon wanita itu. Walaupun tidak ditujukan secara langsung, berdasarka­n gambar yang dimuat naik, ia sedikit sebanyak ada kena-mengena dengan pelakon wanita itu.

Pada SS, jika betul hubungan mereka sudah tidak baik orang sekeliling kena mainkan peranan untuk jernihkan semula. Jangan pula nak jadi batu api.

Kena ingat, industri hiburan kita kecil saja. Pusing mana-mana pun akan jumpa orang sama juga.

SS: Ada madu artis tak hentihenti buat serangan peribadi di Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia