Harian Metro

Jadi lebih berani, berjiwa kental

- DARI MUKA 50

“Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh tiga tahun secara sambilan apabila latihan biasa meliputi subjek berkaitan ketenteraa­n akan diadakan setiap hujung minggu.

“Selain itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama tiga minggu,” katanya.

Dr Syed Abdul Razak berkata, program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmat­an dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.

Beliau berkata, setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing, masa kini, PALAPES ditubuhkan di 18 IPTA dan satu di IPTS.

Katanya, kokurikulu­m PALAPES sama ada darat, laut dan udara amat mencabar yang memerlukan kesabaran, komitmen, kewibawaan serta kemampuan penuntut kerana perlu memiliki ketahanan mental dan fizikal tinggi.

“Bagaimanap­un, pilihan di tangan penuntut selepas mereka melalui beberapa latihan sama ada sudah mula ‘jatuh cinta’ dalam ketenteraa­n.

“Aktiviti yang dijalankan mampu mendidik mahasiswa menjadi seorang yang lebih berani, berjiwa kental kerana latihan dilakukan menguji keupayaan dari segi mental mahupun fizikal,” katanya.

Mengikuti program PALAPES di universiti bukan hanya satu aktiviti kokurikulu­m biasa, sebaliknya penuntut yang berjaya menamatkan latihan dan ditauliahk­an sebagai Pegawai Tentera berpangkat leftenan muda berpeluang

 ??  ?? YANG di-Pertuan
Agong memeriksa perbarisan
kadet PALAPES.
YANG di-Pertuan Agong memeriksa perbarisan kadet PALAPES.
 ??  ?? ASAS ketenteraa­n seperti latihan menembak antara yang dijalani kadet.
ASAS ketenteraa­n seperti latihan menembak antara yang dijalani kadet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia