Harian Metro

Dah biasa kerja dalam tekanan

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) mengajar anggotanya untuk bekerja dalam kumpulan dan mengawal tekanan dalam apa juga situasi.

Leftenan Muda Muhammad Zulhusnie Khalib, 22, dari Universiti Malaya (UM) berkata, cara kerja berkumpula­n yang dilatih Anggota Tentera Malaysia (ATM) berkesan dan menjadikan ilmu sahsiah itu satu kebiasaan dalam kehidupann­ya.

“Pada saat susah dan senang, sesama ahli kumpulan akan berkongsi cerita dan dilatih bekerja dalam tekanan menjadi kunci kejayaan dalam setiap apa yang saya lakukan.

“Walau banyak mana sekali pun kerja yang diberikan, saya tetap boleh mengawal tekanan dan akan sempurnaka­n dengan baik,” katanya.

Muhammad Zulhusnie yang juga penuntut Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian al-Quran) menyertai PALAPES Laut sejak 2015.

Katanya, dia begitu meminati badan beruniform sejak di sekolah menengah ketika menyertai Kadet

Polis selain terbabit dengan pasukan pengakap dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Muhammad Zulhusnie yang dianugerah­kan Kadet Terbaik Akademik Keseluruha­n bakal menjalani latihan di KD Sri Klang di bawah Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sementara itu, rakannya, Leftenan Muda Muhammad Zahid Hamidi, 22, berkata, penyertaan dalam barisan PALAPES Laut memupuk disiplin dan daya kepemimpin­an bagi memenuhi aspek keperluan seorang individu yang berkaliber pada masa depan.

“Sepanjang tiga tahun menjalani latihan bersama PALAPES Laut, pelbagai latihan dapat saya pelajari, bukan saja belajar dari segi teori, tetapi juga praktikal.

“Pengalaman baharu antaranya, mengenai ilmu perkapalan, navigasi dan rutin harian sebagai anggota Pegawai TLDM,” katanya.

Penuntut Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal (Rekabentuk dan Pembuatan Terbantu Komputer) itu bercita-cita menyertai anggota tetap TLDM.

“Saya ingin berkhidmat untuk negara dan bangsa bagi memastikan kedaulatan dan keamanan tanah air terpelihar­a.

“Selain itu, saya juga ingin meneruskan impian untuk menjadi seorang jurutera profesiona­l satu hari nanti,” katanya.

Muhammad Zahid berkata, dia terpanggil untuk menyertai PALAPES kerana mahu meneruskan legasi keluarga yang berlatarbe­lakangkan ketenteraa­n.

“Mengikut jejak langkah ayah, Kolonel Hamidi Achin yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Memerintah di 73 Rejimen Semboyan Diraja.

“Berbekalka­n pengalaman dua tahun di Maktab Tentera Diraja (MTD), saya ingin merasai bagaimana latihan bersama PALA

PES Laut yang mempunyai struktur latihan yang berbeza berbanding latihan di MTD,” katanya.

Muhammad Zahid menerima pelbagai anugerah atas pencapaian dalam PALAPES Laut antaranya Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruha­n PALAPES Laut UM, Anugerah Terbilang Dayasari (Bentara Panglima), Anugerah Ikon Akademik UM, Anugerah Kepimpinan Badan Beruniform (Lelaki) dan Anugerah Bakti Siswa Badan Beruniform (Lelaki).

 ??  ?? MUHAMMAD ZAHID ketika perbarisan konvokesye­n UM.
MUHAMMAD ZAHID ketika perbarisan konvokesye­n UM.
 ??  ?? ZULHUSNI ketika menerima Anugerah Ikon Akdemik UM 2018.
ZULHUSNI ketika menerima Anugerah Ikon Akdemik UM 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia