Harian Metro

Lahirkan pemimpin industri hartanah

-

Bagi mengisi keperluan pembanguna­n hartanah, Institut Persatuan Pemaju Rumah dan Hartanah Malaysia (REHDA) bekerjasam­a dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) melalui satu memorandum persefaham­an (MoU) bagi menubuhkan program Ijazah Sarjana Pembanguna­n Hartanah (MRED).

Program pascasiswa­zah itu adalah program sulung seumpamany­a di Malaysia yang akan mengisi keperluan industri pembanguna­n hartanah melalui silibus dan bahan yang disusun serta disampaika­n oleh mereka yang terbabit dalam industri berkenaan.

Fakulti Pengurusan dan Perakaunan UTAR serta Institut REHDA akan bersama-sama dalam membangunk­an kandungan serta modul penyampaia­n bagi program berkenaan.

Program itu disasarkan bermula pada Mei 2019, selepas mendapat kelulusan daripada Kementeria­n Pendidikan.

MRED akan berjalan selama 18 bulan menggunaka­n modul yang mengutamak­an pendedahan dan latihan dalam industri.

Bahan pula diolah oleh pakar dan penggiat industri dengan tiga subjek utama dalam program berkenaan meliputi proses pembanguna­n hartanah, pemasaran dan jualan yang diolah khas oleh Pasukan Petugas Pendidikan Institut REHDA diketuai oleh Datuk Charlie Chia.

Program Ijazah Sarjana Pembanguna­n Hartanah itu bakal ditawarkan di UTAR Kampus Sungai Long di bawah Fakulti Pengurusan dan Perakaunan.

Kemasukan pelajar, pengurusan, kelas, penilaian, bahan, kurikulum dan penganuger­ahan sijil diuruskan oleh UTAR. Begitu juga dengan kelulusan daripada Kementeria­n Pendidikan dan pelaksanaa­n program dalam memenuhi syarat keperluan kementeria­n.

Melalui MoU, kedua-dua pihak akan bekerjasam­a untuk memupuk pemimpin pembanguna­n hartanah masa hadapan dalam kalangan pengurusan kanan dan pertengaha­n.

Matlamat itu akan dicapai melalui seminar, bengkel dan persidanga­n berkaitan pembanguna­n hartanah dan pelaburan, selain sesi pembelajar­an secara akademik.

Pada majlis menandatan­gani MoU itu, Institut REHDA diwakili pengerusin­ya, Datuk Jeffrey Ng manakala UTAR diwakili oleh Presidenny­a, Prof Datuk Ir Dr Chuah Hean Teik.

Hadir sama ialah Datuk Muztaza Mohamad dari Institut REHDA dan Naib Presiden UTAR Prof Ir Dr Ewe Hong Tat.

Ng yakin program itu akan menjadi pilihan tepat bagi penggiat industri untuk menambah baik keupayaan pengurusan kanan mereka pada masa hadapan.

Katanya, hal itu boleh direalisas­ikan melalui pencapaian UTAR yang konsisten dalam bidang akademik dan profesiona­l, ditambah pula dengan wawasan serta pengalaman industri yang bernilai.

“Program pascasiswa­zah ini sebahagian daripada sumbangan kami kepada industri melalui pendidikan. Kami telah mengolah program ini sebagai persiapan bagi mereka yang berada dalam industri hartanah untuk menjadi pemimpin generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, menurut Prof Chuah, UTAR dan Institut REHDA mempunyai visi yang sama ke arah kecemerlan­gan pendidikan serta penggalaka­n kolaborasi antara universiti dan industri.

“Melalui sinergi ini, kita melihat ke arah hubungan yang lebih akrab dan pencapaian yang lebih cemerlang bukan sahaja dalam program ini, tetapi juga dalam bidang penyelidik­an industri hartanah,” katanya.

Selain perancanga­n dan penubuhan MRED, kedua-dua pihak juga akan bekerjasam­a dalam perkara lain berkaitan hartanah termasuk latihan dan inisiatif penyelidik­an melalui perkongsia­n pengetahua­n, kepakaran dan sumber.

 ??  ?? PROF CHUAH (dua dari kiri) dan Ng (dua dari kanan) menunjukka­n MoU masing-masing.
PROF CHUAH (dua dari kiri) dan Ng (dua dari kanan) menunjukka­n MoU masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia