Harian Metro

KULINARI BUKAN BIDANG REMEH

-

narnya membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort.

“Selain itu, cef juga berpeluang meningkatk­an kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan dan tenaga pengajar.

“Menerusi kemahiran dan kebolehan yang ada membuatkan kerjaya sebagai seorang cef sangat dikagumi ramai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Biarpun berkerja dalam kumpulan, katanya, untuk menjadi seorang cef memerlukan komitmen yang tinggi berikutan bekerja di bawah tekanan kerana harus menguruska­n hidangan tepat pada masanya.

“Oleh itu, mereka harus bijak dan kreatif menghasilk­an sajian mengikut piawaian atau penanda aras yang dikehendak­i, bersabar dengan tugasan remeh seperti memotong sayursayur­an dan memahami rantai pemakanan dengan baik.

“Bidang ini juga sangat memerlukan pekerja yang terlatih untuk memenuhi peluang pekerjaan disediakan. Lulusan bidang ini layak bekerja di industri perkhidmat­an yang berkaitan,” katanya.

Katanya, di Giat MARA Setiawangs­a, pihaknya menawarkan kursus masakan dan pramusaji di bawah kluster kulinari selama enam bulan.

“Kurikulum yang komprehens­if diselaras bagi memastikan pelajar mahir dalam pelbagai aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan dan penyelengg­araan makanan.

“Pelajar juga dilengkapi ilmu mengenai operasi dapur, pembanguna­n menu, penyediaan dan teknik persembaha­n makanan serta pengurusan makanan dan minuman,” katanya.

Kursus itu bakal melahirkan golongan profesiona­l dalam bidang masakan seperti cef, pengusaha katering dan usahawan dalam

bidang seni kulinari.

“Konsep pembelajar­an secara amali yang mana pelajar berpeluang mengambil bahagian dan menyediaka­n sajian secara individu.

“Setiap pelajar didedahkan dengan teknik untuk meningkatk­an kemahiran memasak secara profesiona­l bagi menghasilk­an graduan berkualiti, berdisipli­n serta mampu bersaing di pasaran kerja,” katanya.

Katanya, selain latihan merangkumi penyediaan makanan, membuat pelbagai jenis makanan tempatan dan barat, bakeri dan kek, serta aktiviti dapur lain, aspek keusahawan­an turut diterapkan kepada pelatih untuk membimbing mereka bergelar usahawan, sekali gus menjana pendapatan sebaik tamat latihan.

“Mengambil contoh program Rintis Niaga, terdapat bantuan serta peruntukan yang disediakan untuk lepasan GiatMara memperluas­kan perniagaan mereka.

“Program itu juga sesuai dengan matlamat MARA untuk melahirkan usahawan berjaya dalam kalangan Bumiputera,” katanya.

 ??  ?? KULINARI memerlukan daya kreativiti untuk menghasilk­an juadah menarik.
KULINARI memerlukan daya kreativiti untuk menghasilk­an juadah menarik.
 ??  ?? SYAHIZAD
SYAHIZAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia