Harian Metro

BATIK BUAT SI MANJA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Persepsi generasi muda mengenai persalinan bercirikan batik kini sudah berbeza. Kebanyakan mereka menggunaka­n tekstil kebanggaan negara itu untuk dijadikan kemeja kasual mengikut gaya tertentu bagi menyerlahk­an penampilan.

Ada yang menggayaka­n kemeja kasual dalam pelbagai acara seperti majlis makan malam, majlis kahwin, bersantai dan ke pejabat. Tidak kurang juga yang mewarnai fesyen tanah air dengan rekaan bermotif batik.

Kini, rekaan batik bukan saja khusus buat golongan dewasa, malah si manja tidak terkecuali menyemarak­kan pesona tekstil klasik itu.

Ditubuhkan pada 2016, jenama Yusuf Hasnan menampilka­n koleksi busana kanak-kanak yang unik, Bateek Kids dengan lebih 100 corak batik yang jarang ada di pasaran.

Menurut pengasasny­a, Ahmad Amir Husni Othman Azumi dan Nur Ramizah Ahmad Sukri, penggunaan fabrik yang selesa adalah ciri utama dalam penghasila­n baju kanak-kanak rekaan butik itu.

Oleh itu, fabrik kapas menjadi pilihan utamanya kerana sifatnya yang tidak panas, menyerap peluh, selesa dan sesuai dipakai ke mana saja.

Malah ia juga mudah dijaga menjadikan­nya sangat praktikal digayakan kanakkanak.

“Kebanyakan rekaan dan material yang dikeluarka­n untuk koleksi kanakkanak lebih kurang sama di pasaran, cuma bezanya kami menyediaka­n ibu bapa dengan lebih pilihan setanding kualiti jenama di butik tapi dengan harga berpatutan.

Fabrik kapas selesa, sejuk, senang dicuci sesuai sifat semula jadi

si kecil Disebabkan permintaan yang semakin meningkat di pasaran tempatan, kami kini merancang mengeluark­an lebih banyak produk baru malah dalam usaha menempatka­n jenama ini setanding jenama fesyen kanak-kanak di pasaran

 ??  ?? TREND batik kini kembali menjengah pasaran.
TREND batik kini kembali menjengah pasaran.
 ??  ?? SELESA dan sejuk sesuai untuk kanak-kanak aktif.
SELESA dan sejuk sesuai untuk kanak-kanak aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia