Harian Metro

Marquez sukar digugat PESCAO BERDESUP!

- Fadhli Ishak & Sukhairi Thani sukanteam@nstp.com.my

Sepang: Juara dunia, Marc Marquez membuktika­n dirinya sebagai pelumba terbaik ketika ini selepas mengunggul­i perlumbaan kelas perdana MotoGP di Grand Prix (GP) Shell Malaysia, semalam.

Pelumba Repsol Honda itu meraih grid utama semalam namun terpaksa bermula dari petak ketujuh di Sirkit Antarabang­sa Sepang (SIC) selepas dikenakan enam penalti grid kerana insiden bersama pelumba Itali, Andrea Iannone pada sesi kelayakan.

Namun penalti itu hanya menambahka­n semangatny­a untuk memburu kemenangan dan berada dalam kelompok tiga terbaik biarpun pusingan baharu memasuki dua pusingan yang berlangsun­g atas permukaan trek kering.

Dia berjaya memintas pelumba Perancis dari pasukan Monster Yamaha Tech3, Johann Zarco selepas lima pusingan dan hanya perlu memberi tumpuan untuk mengatasi pelumba hebat dari Itali, Valentino Rossi yang berada di depannya.

Pelumba Yamaha, Rossi bagaimanap­un berjaya mempertaha­nkan statusnya selaku pendahulu buat seketika –sesuatu yang menggembir­akan peminat Malaysia – namun malang menimpa apabila dia terjatuh pada pusingan ke-16.

Insiden itu memudahkan perjuangan Marquez dan dia melepasi garisan penamat dengan catatan 40 minit 32.372 saat. Rakan senegarany­a, Alex Rins daripada pasukan Suzuki Ecstar kedua (+1.898s) manakala Zarco (+2.474s) melengkapk­an pentas podium.

Dua pelumba Sepanyol Maverick Vinales (Movistar Yamaha) dan Dani Pedrosa (Repsol Honda) menduduki tempat keempat (+4.667s) dan kelima (+6.190s). Penunggang Itali Andrea Dovizioso (Ducati) yang muncul juara dalam keadaan basah di sini bagi musim 2016-2017, keenam.

Kemenangan itu juga yang pertama buat Marquez di Sepang selepas musim 2014 dan dia berkata: “Ia perlumbaan yang begitu sengit, bermula dari petak ketujuh memberikan motivasi kepada saya.

“Saya tidak pernah menang dengan bermula dari barisan ketiga sebelum ini. Pada pusingan pertama, semuanya bagus tapi ia bukan yang terbaik dalam karier saya.

“Saya memintas beberapa pelumba dan melihat Valentino memecut laju dari awal lagi. Saya juga begitu, menunggang seperti ia adalah sesi latihan ataupun kelayakan tapi tayar saya kurang mencengkam selepas memintas Johann.

“Saya mula bergelut dan hilang kedudukan tapi mampu mengelak (daripada terjatuh) dengan menggunaka­n siku.

“Saya memberitah­u diri sendiri supaya tenang dan cuba bertindak bijak dengan penggunaan tayar.

Kemudian saya lihat yang saya mula dapat mengekori

Valentino dan ia menjadi motivasi saya.

“Keupayaann­ya juga terhad dan kemudian dia mula melakukan kesilapan apabila terbabas, mungkin dia tak mahu kehilangan masa dan kemudian dia terjatuh.

“Saya memberitah­u diri sendiri supaya terus tenang, tamatkan perlumbaan dan nikmati baki perlumbaan.”

Pusingan penutup tirai musim

2018 dijadual berlangsun­g di Sirkit

Ricardo Tormo,

Valencia pada 18

November ini.

Sepang

“Minggu ini agak sukar terutama pada hari pertama dan kedua. Saya rasa sedih, ramai peminat yang tidak percaya dengan kemampuan saya,” kata pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin

Abdullah, yang bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 di GP Malaysia, meskipun bermula dari petak belakang.

Menjadikan rakan pelumba, Adam Norrodin yang bertanding dalam Moto3 dan bapanya, Abdullah Harun sebagai inspirasi, Hafizh yang memulakan perlumbaan di petak ke-23, bagaikan cuba membuktika­n dia masih mampu memberi kejutan di laman sendiri,

Adam menunjukka­n semangat juang tinggi selepas memulakan perlumbaan dari laluan pit kerana dikenakan penalti dan pernah suatu ketika berada dalam kelompok 10 terbaik sebelum terjatuh ketika saingan berbaki dua pusingan tetapi bangkit untuk melepasi garisan penamat di tempat ke-23.

Situasi itu boleh dikatakan hampir sama dengan Hafizh yang bermula dari petak paling belakang - bagi mengharung­i minggu perlumbaan yang disifatkan­nya sebagai ‘bukan hari untuk pelumba Malaysia’ namun masih mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 di Sepang.

“Adam salah seorang sahabat saya di trek, dia seorang pendiam tapi sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap perlumbaan, cuma bukan rezekinya untuk menamatkan saingan di depan.

“Dia membuatkan saya terharu, saya menangis di laluan pit ketika dia terjatuh. Saya memang menyokong dia kerana ini perlumbaan terakhirny­a di Sepang,” kata pelumba Monster Yamaha Tech3 itu.

“Untuk perlumbaan ini, saya mengambil semangat Adam dan keluarga saya. Saya nampak ayah dari jauh di belakang pagar dan dia menangis. Saya cuba berjumpa ayah dan terima kasih kepada pengawal (keselamata­n) yang membenarka­nnya berjumpa saya,”kata Hafizh yang akan terus bersama pasukan Tech3 tetapi menggunaka­n jentera baharu, KTM, musim depan.

Pusingan penutup musim 2018 dijadual berlangsun­g di GP Valencia, 18 November ini.

„ Hafizh raih penamat ke-10, ambil semangat Adam pamer tunggangan terbaik dalam minggu sukar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia