Harian Metro

Bagnaia, Martin raih gelaran dunia

-

Sepang: Dua gelaran juara dunia disahkan di Grand Prix (GP) Malaysia masing-masing menerusi Francesco Bagnaia dalam kelas Moto2 dan Jorge Martin, Moto3.

Pelumba SKY Racing Team VR46, Bagnaia menamatkan perlumbaan di Sirkit Antarabang­sa Sepang (SIC) di tempat ketiga, namun 16 mata di sini sudah cukup membantuny­a bergelar juara.

Bagnaia mengumpul 304 mata keseluruha­n dalam carta Moto2 dan meninggalk­an pesaing terdekatny­a Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) yang berada di tangga kedua 272 mata dengan baki pusingan kini hanya di GP Valencia, 18 November ini.

Rakan sepasukan Bagnaia, Luca Marini memenangi perlumbaan di Sepang dengan catatan 38’25.689s, manakala Oliveira ketinggala­n 1.194s untuk berada di tangga kedua.

Sementara itu dalam kelas Moto3, Martin meraih gelaran selepas memenangi perlumbaan di Sepang bagi memuktamad­kan gelaran juara dengan kutipan mata keseluruha­n, 240 mata.

Martin dari pasukan Del Conca Gresini Moto3 menamatkan saingan dengan catatan 38’34.799s manakala pencabar terdekatny­a, Marco Bezzecchi menemui garisan pemanat di tempat kelima, 38’38.894s.

“Sukar untuk menggambar­kan perasaan ketika ini, ia luar biasa,” kata Martin. “Perlumbaan sangat sengit, saya sentiasa fokus untuk mendahului saingan dan cuba lari daripada pelumba lain.

“Di sepanjang hidup saya, banyak kecederaan dan detik buruk. Sekarang berada di puncak, ia menakjubka­n.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia