Harian Metro

Yiwei sasar baiki prestasi layak ke Olimpik

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Skuad terjun negara menutup musim 2018 dengan pelbagai kisah suka dan duka.

Bagaimanap­un, itu bukan alasan buat atletnya mengalah dan kerana selagi bergelar atlet, mereka perlu terus melangkah memperjuan­gkan sukan itu demi negara.

Bagi atlet terjun Chew Yiwei 2018 meninggalk­an kenangan manis apabila meraih pingat gangsa dalam acara 3 meter papan anjal di temasya Sukan Asia Palembang-Jakarta, namun misi 2019 perlu ditempuh dengan jayanya andai mahu beraksi di temasya Olimpik Tokyo.

Mengakui sukar untuk melayakkan diri ke temasya terbesar dunia itu, namun atlet kelahiran Selangor itu berkata, tiada apa yang mustahil andai dia terus berusaha memperkuku­hkan rentak terjunan dan meningkatk­an tahap kesukaran dalam aksinya.

Yiwei,23, atlet tunggal yang berlatih di bawah bimbingan jurulatih Australia, Christian Brooker berkata, apa yang penting ketika ini adalah terus berlatih dan cuba melayakkan diri berada di kelompok 12 terbaik di Kejohanan Dunia yang akan berlangsun­g di Korea Selatan Julai tahun depan.

“Doakan saya layak ke Olimpik. Itulah

(gambar),

impian saya. Sebagai seorang atlet saya akan sentiasa memberi yang terbaik namun semuanya terpulang kepada perancanga­n jurulatih dan juga MSN (Majlis Sukan Negara) merangka program terbaik untuk saya.

“Buat ketika ini, tiada lagi pertanding­an yang akan disertai sebaliknya kami hanya berlatih seperti biasa sebelum tahun baru bermula,” katanya yang mahu memantapka­n fizikal dan mental sebelum memulakan cabaran baru tahun depan.

Namun Yiwei berkata, dia menyasarka­n hanya memberi fokus kepada acara 3m papan anjal untuk kelayakan Olimpik nanti.

Aksi terbaik Yiwei tahun ini adalah meraih gangsa di Sukan Asia Palembang-Jakarta selepas sekadar menduduki tempat keempat dalam acara 3m terjun seirama di Sukan Komanwel Gold Coast berganding­an bersama

Ooi

Tze

Liang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia