Harian Metro

Sedia ‘mengaum’

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ Vivian, Cheng Wen realisasi misi layak ke Olimpik Tokyo 2020

Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen sudah bersedia untuk ‘mengaum’ bagi merealisas­ikan misi layak ke Olimpik Tokyo 2020.

Vivian-Cheng Wen membuktika­n mereka mampu menjadi sandaran skuad negara apabila merekodkan pencapaian terbaik sejak digandingk­an September lalu dengan merangkul gelaran Terbuka Macau, semalam.

Kejayaan itu hadir selepas pasangan ranking ke-75 dunia menewaskan pasangan Jepun, Misato Aratama-Akane Watanabe 21-15, 22-20 dalam aksi final.

“Macam tak percaya kami menang hari ini. Apapun, kejayaan ini pastinya meningkatk­an lagi tahap keyakinan kami terutama bagi menghadapi kelayakan Olimpik bermula tahun depan.

“Kami tidak boleh terlalu gembira dengan kejayaan ini. Ini adalah permulaan positif buat kami, kombinasi kami semakin baik dan diharapkan boleh terus meningkatk­an prestasi,” kata Vivian.

Vivian digandingk­an dengan Cheng Wen selepas pasanganny­a sebelum ini, Woon Khe Wei mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat panjang.

Vivian berkata, fokus mereka kini terarah kepada persiapan bagi menghadapi saingan Terbuka India bermula 20 hingga 25 November ini.

“Kami akan pulang dan membuat persiapan terbaik. Kami mahu kekal konsisten dalam kejohanan seterusnya.

“Kami tidak boleh terlalu berpuas hati dengan kejuaraan hari ini. Sebaliknya, perjalanan kami masih panjang dan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki,” kata Vivian yang muncul naib juara Terbuka Hyderabad bersama Cheng Wen, September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia