Harian Metro

Khairul, Nor Haikal wira eSports negara

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bagi Muhammad Khairul Abdul Aziz dan Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh, kerja di pejabat bukanlah satu pilihan karier buat mereka kerana jauh di sudut hati, mereka lebih suka memilih eSports.

Walaupun pilihan itu pada mulanya tidak diterima dengan baik oleh ibu bapa masing-masing, ia membawa kepada keputusan membenarka­n Khairul dan Haikal mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama bersaing dalam acara eSports pada temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang.

Khairul dan Haikal kemudianny­a meletakkan nama mereka di tempat lebih baik apabila berkeduduk­an empat terbaik Pro Evolution Soccer (PES) dalam temasya berkenaan.

“Pada mulanya ibu saya (Azizah Ibarahim), memang tidak bersetuju dengan perkara ini kerana baginya ia hanya membuang masa tetapi apabila saya mula menang, dia rasa mungkin ia bukan sesuatu yang hanya membuang masa,” kata Khairul yang berasal dari Kedah.

Kejayaan berkenaan membantu mereka menjadi atlet sepenuh masa bersama MSC di Thailand dan bermain di bawah kelab tempatan, Port FC bagi saingan PES 2018 daripada EA.

“Kami berada di Thailand selama tiga minggu ketika ini, kami dibayar selaku atlet sepenuh masa dan kami menandatan­gani kontrak dua tahun bersama pasukan,” kata Khairul,24.

Khairul dan Haikal menghabisk­an Jumaat hingga Isnin setiap minggu di Thailand, mula berlatih seawal jam 10 pagi hingga 6 petang tetapi ia bukanlah sesuatu yang seperti difikirkan orang ramai.

“Kami berlatih sembilan jam tanpa henti, ia sesuatu yang mencabar tetapi pada masa yang sama ia sangat berbeza berlatih di Malaysia kerana pemain ini berada pada tahap Asia kerana cara permainan mereka, strategi dan sebagainya.

“Pada setiap hari, pasukan akan menentukan siapa yang akan menentang siapa dan itulah cara kami bermain walaupun ia nampak mudah, ia bukan kerana helah yang digunakan pemain ini tetapi ia berbeza daripada apa yang pernah saya lihat dan saya tidak dapat membacanya, jadi saya rasa ia banyak membantu kemahiran saya,” katanya.

Walaupun melalui suasana dan cabaran baharu, Haikal, 20, berkata, ia adalah permulaan baharu buat mereka berikutan peruntukan RM10 juta disalurkan kerajaan buat eSports di Malaysia.

“eSports sepatutnya diberikan pengiktira­fan kerana ia memiliki potensi yang besar dalam kalangan remaja, maksud saya, lihat saja kami yang layak ke Sukan Asia, peruntukan itu sepatutnya tidak dibazirkan dan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan eSports terus berkembang,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Khairul (kanan) dan Mohamad Nor Haikal (kiri) berada di tahap Asia.
MUHAMMAD Khairul (kanan) dan Mohamad Nor Haikal (kiri) berada di tahap Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia