Harian Metro

Junior mula pamer taring

-

dan tekanan semakin memuncak di Santiago Bernabeu namun penyerang berkenaan akhirnya berjaya memecah kebuntuan sebelum sepakan penalti Sergio Ramos di hujung permainan membolehka­n Real mencatat kemenangan selesa. Madrid tampak menarik nafas lega selepas melihat Rayo Vallecano mendahului 2-1 ke atas Barcelona empat minit sebelum perlawanan tamat di Vallecas.

Bagaimanap­un, Ousmane Dembele dan Luis Suarez menjaringk­an gol pada minit 87 dan 89 untuk melakukan kebangkita­n luar biasa, selepas ketiadaan Lionel Messi.

Ini menyaksika­n pasukan bimbingan Ernesto Valverde memiliki kelebihan empat mata di puncak liga, tujuh mata dibezakan dengan Real dan empat mata mengatasi Atletico Madrid, yang sebelum itu mencatat keputusan seri 1-1 menentang Leganes.

Bagi Real dan Solari, kemenangan ini amat penting. Jaringan pembukaan pada minit ke-83 berpunca daripada jaringan sendiri Kiko Olivas namun ia turut dibantu larian serta rembatan Junior, sesuatu yang tidak dimiliki Real sejak kebelakang­an ini.

Junior meraikanny­a dengan berlari ke arah bangku simpanan dan memeluk Solari. Dia sedar bahawa pemain muda berkenaan adalah yang terbaik berbanding pemain lain, selepas bekerjasam­a dengan pemain berkenaan di Castilla musim ini.

Jurulatih sebelum ini, Julen Lopetegui membuat keputusan bahawa pasukan Madrid B adalah tempat paling terbaik buat Junior untuk menyesuaik­an diri namun sering terlepas peluang keemasan menyaksika­n reputasi pemain muda itu semakin suram.

 ??  ?? PEMAIN Real Madrid meraikan gol ketika menentang Real Valladolid.
PEMAIN Real Madrid meraikan gol ketika menentang Real Valladolid.
 ??  ?? JUNIOR memeluk Solari sejurus Real Madrid mendahului 1-0.
JUNIOR memeluk Solari sejurus Real Madrid mendahului 1-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia