Harian Metro

Gol Suarez beri impak terbaik Barcelona

-

Madrid: Gol babak akhir daripada Ousmane Dembele dan Luis Suarez membolehka­n penyandang juara La Liga, Barcelona mencatat kemenangan 3-2 ke atas pasukan sedang bergelut, Rayo Vallecano semalam, memastikan mereka kekal di tangga teratas.

Suarez menolak masuk hantaran jarak dekat Jordi Alba untuk membolehka­n Barca mendahului pada minit ke-11 selepas mereka dilihat tenang memulakan aksi di gelanggang yang mereka mudah mencatat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir sebelum ini dan tidak pernah tewas sejak 2002.

Bagaimanap­un, Rayo yang menduduki tempat ke-19 dalam liga dengan hanya mencatat satu kemenangan, kembali bangkit dan pemain tengah, Jose Pozo menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-35.

Pemain sayap Rayo, Alvaro Garcia menghadirk­an kegembiraa­n buat penyokong tuan rumah pada awal separuh masa kedua selepas dia menampan masuk bola lantunan dari penyerang, Raul de Thomas yang melakukan tandukan terbang.

Barca enggan mengulangi sejarah apabila mereka kalah mengejut 1-2 di Madrid ketika menentang Leganes dua bulan lalu, di mana ketika itu juga mereka mendahului permainan dan The Catalans mengubah taktik mereka dengan meletakkan pertahanan, Gerard Pique di bahagian depan, seterusnya secara kerap melakukan hantaran lintang ke dalam petak penalti lawan.

Pemain gantian, Dembele menceriaka­n Barca apabila sepakan separa volinya pada minit ke-87 selepas mendapat hantaran pendek

Pique menerjah masuk ke dalam jaring.

Suarez yang meledak hatrik minggu lalu ketika berdepan

Real Madrid, melengkapk­an kebangkita­n Barca tiga minit kemudian apabila menyempurn­akan hantaran lintang Sergi Roberto dan ia adalah gol kelimanya dalam dua perlawanan.

Pasukan bimbingan Ernesto Valverde mendahului kedudukan liga dengan 24 mata, empat mengatasi Atletico Madrid. - Reuters

 ??  ?? SUAREZ
SUAREZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia