Harian Metro

FAS batal kontrak Durakovic

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mendedahka­n Mehmet Durakovic membuat ‘pusingan U’ daripada mengendali­kan skuad Red Giants bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menerusi kenyataan semalam, FAS menjelaska­n Durakovic yang pernah memacu Selangor menjulang Piala Malaysia pada 2015 sebenarnya sudah menandatan­gani kontrak bersama Red Giants, September lalu.

Namun, beberapa hari lalu, Durakovic mengadakan pertemuan dengan Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bagi menyatakan hasrat beliau terus kekal bersama Perak.

“Presiden (Tengku Amir) sudah mempertimb­angkan

pernah beraksi bersama Selangor dari 1995 hingga 1998

(gambar)

perkara ini dan bersetuju untuk membatalka­n kontrak berkenaan mengenangk­an Durakovic banyak berjasa kepada Selangor sepanjang kerjaya bola sepak beliau,” jelas FAS dalam kenyataan itu.

Durakovic pernah beraksi bersama Selangor dari 1995 hingga 1998 sebelum kembali ke pangkuan pasukan itu sebagai jurulatih bermula 2013 hingga 2015.

Jurulatih berusia 53 tahun itu membuktika­n kepakarann­ya mengemudi kelab Liga M apabila membantu Perak menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menumpaska­n Terengganu 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti 27 Oktober lalu.

Selain itu, dalam kenyataan sama, FAS turut menjelaska­n kini membuat penilaian terbaik terhadap beberapa calon jurulatih baharu Selangor bagi mengharung­i musim depan.

“Pihak pengurusan ingin memberi jaminan kepada semua penyokong setia pasukan Merah Kuning bahawa kami mempertimb­angkan calon jurulatih tempatan dan antarabang­sa yang terbaik untuk mengendali­kan Selangor bagi Liga Super musim 2019.

“Sebarang perkembang­an lanjut mengenai pasukan Selangor akan kami hebahkan di semua platform media sebaik saja perjanjian dimeterai.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia