Harian Metro

J Awas amukan Harimau!

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

urulatih skuad kebangsaan Tan Cheng

Hoe percaya anak buahnya sudah bersedia untuk mengharung­i kempen Piala AFF, Khamis ini meskipun mengakui persembaha­n mereka ketika menundukka­n Maldives 3-0 semalam belum sempurna.

Kemenangan ke atas Maldives dalam aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu dilihat tonik terbaik Harimau Malaya sebelum bertemu Kemboja pada aksi pembukaan Kumpulan A.

Tapi jika dinilai daripada persembaha­n keseluruha­n permainan, Cheng Hoe masih ‘menggeleng­kan kepala’ melihat aksi anak buahnya kerana melakukan kesilapan sama.

“Saya harus memberi pujian kepada pemain kerana aksi menentang Maldives bukan mudah kerana mereka bermain dengan baik.

“Pemain cuba memberi aksi terbaik untuk memenangi perlawanan tapi kita kurang tenang, fokus dan kerap kehilangan bola ketika menyerang manakala serangan balas pantas Maldives hampir menghasilk­an gol. Tapi pemain kita memiliki semangat tinggi serta komitmen baik dalam perlawanan ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Dalam perlawanan yang berlangsun­g di atas padang basah akibat hujan sepanjang permainan, Malaysia yang menduduki ranking ke-169 meraih gol menerusi percubaan kapten Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-16 sebelum Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh menambah jaringan pada babak kedua.

Kemenangan itu adalah yang kelima daripada sembilan perlawanan kendalian Cheng Hoe tahun ini dengan aksi terakhir sebelum ini mereka tewas 0-1 kepada Kyrgyzstan 16 Oktober lalu.

Selepas menilai aksi pemain, Cheng Hoe membuat kejutan dengan menggugurk­an pemain tengah Nor Azam Azih, Azizan Nordin dan pertahanan kanan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Daripada senarai akhir 23 pemain itu, lapan pemain bersama skuad 2016 iaitu Ahmad Hazwan Bakri, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Syazwan Zainon, Zaquan, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che

Mat.

“Pemain sudah bersedia, kita kena ada keyakinan untuk mengharung­i saingan Piala AFF kerana semua negara ASEAN dahagakan kejayaan. Kita juga harus mengambil peluang yang menggunaka­n format baru ini (tiada tuan rumah kejohanan),” kata Cheng Hoe.

Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan A Piala AFF bertemu Kemboja di Phnom Penh, Khamis ini sebelum menentang Laos di SNBJ (12 November), Vietnam di Hanoi (16 November) manakala aksi terakhir bertemu Myanmar di SNBJ ( 24 November).

„ Cheng Hoe optimis anak buah miliki semangat juang tinggi harungi Piala AFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia