Harian Metro

Gesa guna VAR adili perlawanan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Kecewa dengan mutu pengadilan pada aksi final Piala Malaysia Oktober lalu, bekas ketua unit kejurulati­han Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ismail Zakaria menggesa badan induk bola sepak negara segera menggunaka­n teknologi video bantuan pengadil (VAR) bermula musim depan.

Beliau berkata, walaupun VAR menelan kos jutaan ringgit, tetapi demi meningkatk­an mutu pengadilan selain mengelak ada pasukan menjadi ‘mangsa’ pengadil, teknologi itu adalah jawapan terbaik menangani isu pengadil kontrovers­i sebagaiman­a aksi Piala Dunia di Russia pada Jun dan Julai lalu.

“Selepas mutu pengadilan Suresh Jayaraman begitu teruk pada aksi final itu yang dapat disaksikan di seluruh dunia, saya fikir kini sudah tiba masanya teknologi VAR perlu dipercepat­kan penggunaan­nya sekurang-kurangnya bermula saingan

(gambar)

Piala Malaysia jika tidak sempat dalam aksi liga.”

“Hal ini penting supaya keputusan tepat diperolehi kerana impaknya cukup besar bukan hanya dapat meningkatk­an mutu pengadilan, tapi tidak ada lagi pasukan dianiaya oleh pengadil yang tidak bijak membuat keputusan.”

“VAR ini juga dapat membantu pengadil membuat keputusan dengan lebih tepat kerana setiap situasi itu (insiden) berlaku dengan pantas dan jika pengadil itu lalai ataupun ragu-ragu, teknologi ini adalah jawapannya sekali gus dapat mengelak ada pemain dan pasukan teraniaya.”

“Namun saya tahu teknologi ini begitu tinggi kosnya, tapi persoalann­ya sampai bila? Atau berapa banyak lagi pasukan bakal teraniaya sedangkan Liga Malaysia (Liga M) diadakan setiap tahun?

“Oleh itu walau apa cara sekalipun FAM perlu perhalusi perkara ini dan memikirkan kaedah terbaik demi pembanguna­n bola sepak negara selain segera melaksanak­an VAR,” kata Ismail yang turut bersetuju dengan pandangan Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan pengadil dari luar mengendali­kan perlawanan penting dalam Liga M.

Pada Mac lalu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh menyatakan sebanyak RM24 juta diperlukan bagi membolehka­n teknologi VAR itu dilaksanak­an di negara ini sekali gus memaksa FAM memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun lagi untuk menggunaka­n teknologi berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia