Harian Metro

Tiga rakan dalang curi kabel

-

Bintulu: Penemuan 11 gulung kabel lampu jalan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri di sini, petang kelmarin, membongkar kegiatan curi yang didalangi tiga sahabat.

Difahamkan, ketigatiga mereka ditahan dalam operasi khas dilancarka­n Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, kira-kira jam 4.30 petang hasil maklumat risikan dan aduan awam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­dan Zulkipli Suhaili berkata, operasi itu turut membabitka­n Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 membawa kepada kejayaan penahanan ketiga-tiga mereka yang berusia antara 16 hingga 24 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan awal tidak menolak kemungkina­n mereka terbabit dalam kes kehilangan kabel lampu jalan di daerah itu hingga menyebabka­n ada kemudahan itu tidak dapat berfungsi.

“Hasil pemeriksaa­n menemui 11 gulung kabel lampu jalan disembunyi­kan dalam kenderaan dinaiki kesemua suspek.

“Ia dipercayai dilarikan dari beberapa lokasi khususnya di sekitar Jalan Kidurong dan Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu,” katanya.

Difahamkan, kenderaan dinaiki ketiga-tiga suspek cuba memecut untuk melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis tetapi tindakan mereka itu berjaya dipintas.

“Dengan tertangkap­nya kesemua suspek, kita berjaya menyelesai­kan kes kecurian kabel lampu jalan yang kerap dilaporkan berlaku di sepanjang jalan utama di sini,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 11 gulung kabel lampu jalan ditemui dalam pacuan empat roda dinaiki suspek.
SEBAHAGIAN daripada 11 gulung kabel lampu jalan ditemui dalam pacuan empat roda dinaiki suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia