Harian Metro

Cipta lagu bahasa etnik

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

„ Juara Anugerah Lagu Popular Bajau gondol wang tunai RM5,000, sijil dan trofi

Kebolehan berbahasa etnik Bajau memberi kelebihan kepada penyanyi tempatan berketurun­an Dusun, Jimbonievi­n Simon, 35, memberi persembaha­n terbaik sebelum dinobatkan sebagai juara Anugerah Lagu Popular Bajau Musim Ke-7 2018, di sini, kelmarin.

Nyanyian lagu bertajuk Nyaun No Guno Mei yang dicipta sendiri penyanyi itu yang lebih dikenali sebagai Ben Simon itu turut membolehka­n dia menerima Anugerah Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, dua trofi dan dua sijil dalam pertanding­an di padang Pekan Tuaran, di sini, malam kelmarin.

Peserta dari Kampung Losou Podi, Kota Belud itu menewaskan Rubisa Tiasin yang muncul naib johan serta memenangi Persembaha­n Terbaik, manakala tempat ketiga diraih Ahmad Dullah.

Selain itu, lima lagi peserta turut menyertai pertanding­an anjuran RTM dengan kerjasama SABAHVfm (siaran Bajau), Pejabat Pembanguna­n Masyarakat Sulaman, Pejabat Daerah Tuaran dan Majlis Daerah Tuaran.

Ben berkata, kemenangan itu adalah permulaan baginya melangkah dalam bidang nyanyian dan berharap dia akan terus diterima baik dalam industri muzik.

“Saya mula giat menyanyi sejak 2006 dalam bahasa Dusun, namun hanya menyanyika­n lagu bahasa Bajau baru-baru ini dan akan cuba menyanyi lagu Murut pula selepas ini,” katanya.

Bapa empat anak itu berkata, dia belajar bahasa Bajau ketika di bangku sekolah di daerah kelahirann­ya.

Turut hadir menyaksika­n pertanding­an itu ialah Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sulaman Rahman Jali. Hanya kerana enggan melayan permintaan bermain catur, seorang pelajar lelaki tingkatan satu dibelasah tiga lelaki termasuk rakan sekelasnya di luar sekolah di Desa Kencana, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum dipukul rakan sekolahnya dan dua lagi individu.

Mangsa ditumbuk dan ditendang hingga jatuh menyebabka­n dia lebam dan bengkak di dahi serta kepala, selain sakit di pergelanga­n tangan kanan.

Susulan itu, mangsa mengadu kepada bapanya sebelum mereka membuat laporan polis.

Menurut sumber, ketika berada di dalam kelas sebelum kejadian itu, rakan sekelasnya memanggiln­ya untuk bermain catur, tetapi permintaan itu tidak dipedulika­nnya menyebabka­n rakannya marah dan hendak memukul mangsa.

"Ketika dalam perjalanan pulang, rakannya bersama dua lagi bertindak memukul mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor mengesahka­n kejadian itu.

 ??  ??
 ??  ?? BEN
BEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia