Harian Metro

Samseng kutip hutang ditahan polis

-

Padawan: Lagak ala samseng tiga lelaki mengutip hutang membawa padah apabila mereka ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Kampung Kudei Baru dan Jalan Penrissen, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 29 hingga 62 tahun itu ditahan polis jam 12.15 hingga 1.50 tengah hari oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, suspek ditahan susulan laporan dibuat seorang lelaki berusia 67 tahun selepas kumpulan itu ke rumahnya di Kampung Quop pada Khamis untuk mendapatka­n hutang RM10,000 yang dipinjam anak lelakinya.

Menurutnya, siasatan mendapati anak lelaki mangsa meminjam wang daripada suspek, tetapi gagal menjelaska­nnya.

“Mangsa terkejut selepas suspek yang menaiki kereta Toyota Wish datang ke rumah jam 6.30 petang dan memaksa lelaki berkenaan menjelaska­n hutang anaknya.

“Mangsa memaklumka­n anak lelakinya tiada di rumah kerana berada di Indonesia dan tidak dapat membayar hutang seperti yang diminta suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, suspek kemudian mengugut untuk datang semula dalam tempoh dua hari dan sekiranya mangsa gagal menjelaska­n hutang, kereta dan barang berharga miliknya akan dirampas.

Menurutnya, mangsa yang berasa terancam selepas diugut membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kawa untuk tindakan lanjut.

“Suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau kini disiasat mengikut Seksyen 385 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

 ??  ?? KERETA suspek yang ditahan.
KERETA suspek yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia