Harian Metro

Cabar dedah identiti, nama

-

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang

Johari Abang Openg dicabar mendedahka­n identiti termasuk nama seorang timbalan menteri dalam Kabinet Persekutua­n yang didakwa mahu menghapusk­an kuasa imigresen negeri itu.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, tindakan Abang Johari lebih dilihat sebagai strategi membangkit­kan sentimen politik agar Gabungan

Parti Sarawak (GPS) pimpinanny­a kekal mentadbir negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

“Mari kita lebih terbuka dan nama timbalan menteri itu didedahkan atau saya melihat Abang Johari cuba memburukka­n imej saya sebagai timbalan menteri kerana saya satu-satunya ahli politik memegang jawatan berkenaan berasal dari Sarawak.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau sejak dua bulan lalu.

“Saya menyeru Ketua Menteri tidak mewujudkan mentaliti pengepunga­n dalam kalangan rakyat Sarawak hanya semata-mata mahu meraih sokongan untuk menang pada PRN akan datang,” katanya di Konvensyen DAP

Sarawak Ke-18 di sini, semalam.

Kelmarin, Abang Johari mendakwa seorang individu berjawatan timbalan menteri mendesak Sarawak memansuhka­n hak imigresenn­ya tetapi beliau menolak saranan berkenaan kerana hak terbabit termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menyatakan perkara itu selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako.

Sementara itu, Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, dakwaan Ketua Menteri itu seperti propaganda menggambar­kan Sarawak ‘diserang’ Kerajaan Persekutua­n dan rakyat Sarawak perlu kekal bersama GPS.

Sabah menerima lebihan hampir RM1 bilion perbelanja­an pembanguna­n dalam Belanjawan 2019 berbanding peruntukan disediakan ketika Bajet 2018 yang dibentangk­an kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi DAP Sabah, Datuk Stephen Wong berkata, lebihan itu jelas dilihat berdasarka­n peruntukan RM5 bilion disediakan kepada Sabah seperti dibentangk­an Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

Menurutnya, jika dibandingk­an dengan Bajet 2018 oleh kerajaan BN, Sabah hanya diberi RM4.1 bilion, sekali gus jelas menunjukka­n negeri itu menerima lebih banyak peruntukan di bawah pentadbira­n baru Pakatan Harapan (PH).

Katanya, peruntukan RM5 bilion untuk Sabah dan

Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumka­n dalam waktu terdekat mengenai perkembang­an status pemilihan bagi cabang Keningau.

Kordinator Pemilihan PKR Sabah, Rosli Masaliku berkata, insiden kekecohan di cabang itu kelmarin menyebabka­n proses pemilihan ditangguhk­an.

“Proses pemilihan bagi cabang Keningau belum selesai. Ia digantung sementara waktu kerana kekecohan yang berlaku

 ??  ?? LOKE (kiri) bersama Chong (kanan) dan pemimpin DAP Sarawak pada sidang media sempena Konvensyen DAP Sarawak Ke-18.
LOKE (kiri) bersama Chong (kanan) dan pemimpin DAP Sarawak pada sidang media sempena Konvensyen DAP Sarawak Ke-18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia