Harian Metro

Sembilan sekeluarga mati dalam banjir

-

Rome: Sepuluh orang termasuk sekeluarga sembilan orang maut dalam banjir di pulau Palermo, selatan Itali dalam pada jumlah kematian akibat cuaca buruk di negara itu direkodkan 17 orang termasuk seorang pelancong Jerman yang mati dipanah petir.

Anggota penyelamat di Palermo berkata, mayat keluarga seramai sembilan orang termasuk kanak-kanak berusia satu, tiga dan 15 tahun ditemui dalam rumah mereka yang terletak di pinggir sungai yang dinaiki air di Casteldacc­ia, lapor AFP.

Tiga anggota keluarga berkenaan sempat melarikan diri, lapor agensi berita Agi.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki ditemui maut dalam keretanya manakala dua yang lain dilaporkan hilang.

Sementara itu, portal Deutsche Welle melaporkan, di San Pietro, berhampira­n Sardinia, seorang pelancong wanita berusia 62 tahun dari Jerman mati dipanah petir ketika mengembara denai bersama suami dan anak lelakinya.

Portal DPA melaporkan wanita itu disambar petir ketika keluarga itu kembali ke kereta mereka, menyebabka­n mangsa terpelanti­ng beberapa meter di udara.

Itali dibadai beberapa ribut kuat terutama di utara negara itu serta Venice yang mengakibat­kan kerosakan teruk.

Gabenor Veneto, Luca Zaia dilaporkan menyifatka­n kemusnahan di kawasan yang bergunung itu seperti diakibatka­n gempa bumi.

“Ribuan hektar hutan nampak ‘leper’ akibat pokok yang tumbang, tidak ubah seperti dipotong gergaji elektrik gergasi,” katanya. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR disiarkan bomba menunjukka­n kerosakan akibat banjir di Calabria, selatan Itali. - Agensi
GAMBAR disiarkan bomba menunjukka­n kerosakan akibat banjir di Calabria, selatan Itali. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia