Harian Metro

GADIS LELABAH

„ Tiga wanita berijazah pilih kerjaya serba mencabar di dinding bangunan

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Tiga wanita berjiwa kental memilih bidang kerja kelapan paling berbahaya di dunia sebagai juruteknik akses tali menyelengg­ara bangunan pencakar langit yang lazimnya dimonopoli lelaki. Biarpun ada yang menganggap kerjaya ini sebagai ‘gila’ kerana mempertaru­hkan nyawa tergantung pada aras ketinggian bangunan mencecah lebih 200 meter, namun dek kerana minat ia menjadi pilihan mereka. Wartawan Mahaizura Abd Malik menceritak­an pengalaman mereka.

Nurul Nadirah Shamsul Liani, 27 tahun (Mahir kerja elektrikal)

Mereka ada paras rupa, malah pakej lengkap wanita berkerjaya kerana masing-masing mempunyai segulung ijazah yang melayakkan mereka menggalas jawatan selesa di pejabat berhawa dingin.

Namun tiga wanita berjiwa kental ini sanggup memilih bidang kerja kelapan paling berbahaya di dunia sebagai juruteknik akses tali menyelengg­ara bangunan pencakar langit yang lazimnya dimonopoli lelaki mahupun pekerja asing.

Biarpun mungkin ada yang menganggap kerjaya tiga wanita ini sebagai kerja ‘gila’ kerana mempertaru­hkan nyawa tergantung pada aras ketinggian bangunan mencecah lebih 200 meter, namun realitinya minat jitu mendorong semangat mereka menjadi sekental itu.

Mereka mengakui bukanlah upah lumayan semata-mata yang dikejar sebaliknya kerjaya terbabit dipilih kerana meminati aktiviti lasak serta kepuasan bekerja di aras tinggi selain faktor bukan semua orang memiliki peluang itu.

Ikuti perbualan mereka bersama wartawan MAHAIZURA ABD MALIK bersama jurugambar Khairul Helmi Mohd Din dan juruvideo Halim Salleh yang berpeluang menyaksika­n keberanian tiga wanita bergelar Spiderman (gelaran yang turut digunakan untuk wanita) ini melakukan kerja penyelengg­araan di sebuah bangunan 34 tingkat di Jalan Perak, di sini, baru-baru ini.

“Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat dari Universiti Teknologi MARA.

Selepas tamat belajar, saya pernah kerja pejabat namun cuma bertahan selama setahun kerana saya lebih minat pekerjaan lasak memandangk­an dulu aktif sukan di sekolah dan universiti.

Kalau duduk pejabat, saya rasa ‘lemau’ berbanding kerja macam ini yang banyak berpeluh dan bergerak.

Paling menarik hati, saya tenang melihat pemandanga­n indah dari aras tinggi terutama bila ada masalah.

Saya mahir dalam kerja-kerja elektrikal. Biasanya saya akan dirujuk untuk kerja-kerja pemasangan dan penyelengg­araan lampu atau papan tanda di bangunan tinggi.

Namun di sini, kami diajar sebagai pekerja mahir dalam semua aspek kerja termasuk mencuci bangunan yang menjadi tugas sampingan selain bidang kepakaran kami.

Mula-mula memanglah saya takut dan saya percaya semua orang pasti rasa macam itu, tetapi lama-kelamaan jadi gian.

Walaupun sudah sembilan tahun dalam bidang ini, adakalanya saya akui akan rasa gayat dan tidak boleh buat kerja, mungkin faktor

mood atau emosi tidak stabil hari itu.

Aspek paling mencabar sudah tentu nyawa terdedah kepada risiko kemalangan terutama jika tidak mengikut prosedur operasi standard bekerja di tempat tinggi.

Selain itu, setiap bangunan pula tidak sama dan berbeza daripada segi reka bentuknya, ada yang berlekuk menyukarka­n lagi pergerakan kami.

Turut mempengaru­hi kerja kami ialah angin, guruh, kilat dan hujan lebat yang pastinya bila itu berlaku, kami akan terus menghentik­an kerja kerana risiko tidak selamat.

Alhamdulil­lah, setakat ini saya hanya pernah mengalami luka-luka ringan saja sepanjang bertugas.

Paling tinggi pernah saya panjat ialah bangunan hotel 70 tingkat di ibu negara dan saya bakal melakukan kerja-kerja di Menara Berkembar Petronas pada projek akan datang.

Keluarga hanya tahu saya kerja dalam bidang ini dua tahun lalu. Pada mulanya mereka risau dengan keselamata­n saya namun akhirnya merestui minat saya ini.

Bagi saya, zaman sekarang tiada istilah kerja ini lelaki saja boleh buat tetapi sebenarnya semua orang boleh buat kalau ada minat.”

Aiza Faizin

Mohd Rosli, 25 tahun (Mahir kerja pemeriksaa­n air dan penampalan

silikon)

Ruthlia Tira, 25 tahun (Mahir kerja perpaipan)

“Saya sebenarnya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Ladang tetapi memilih kerjaya ini kerana minat.

Saya memang suka mencuba benda ekstrem dan lasak macam ini apatah lagi teringin merasa duduk di tempat tinggi.

Apabila ada peluang bekerja dalam bidang ini, memang tidak saya lepaskan.

Saya baru saja dua tahun bekerja dalam bidang ini. Bermula dari kosong dan mendapat latihan daripada syarikat ANAS Consultanc­y & Services.

Hujan dan panas semua itu bukan masalah kerana bagi saya, kalau sudah minat, semua itu bukan halangan.

Soal gaji memang berbaloi sesuailah dengan apa yang kita buat. Selain gaji asas, kami diberi elaun kerja tempat tinggi.

Namun bagi saya gaji datang kemudian, yang penting minat dulu.”

“Sebut saja kerja bangunan tinggi, mentaliti orang kita mesti ingat kerja cuci bangunan tetapi sebenarnya kerja kami meluas kerana berada dalam bidang penyelengg­araan profesiona­l.

Cuci bangunan cuma satu daripada kaedah kerja mengikut permintaan sedangkan dalam bidang ini, kami dilatih dengan pelbagai kemahiran.

Kenapa saya memilih kerja ini kerana saya lebih suka kerja guna tenaga berbanding duduk di pejabat saja.

Jujur saya akui minat dan gaji diterima setimpal dengan kerja berisiko tinggi ini membuatkan saya memilih jalan yang jarang wanita di luar sana buat.

Lagipun bidang kemahiran saya iaitu pemasangan paip tidak jauh beza dengan ijazah saya dalam bidang kejurutera­an mekanikal. Saya tahu mengenai kerja ini selepas berkenalan dengan seorang ahli pasukan kami ketika sama-sama menyertai aktiviti sukan lasak seperti menakik turun dan mendaki gunung.

Tidak sangka rupanya wujud kerja berkaitan tali ini dan dari situ timbul minat.

Pada mulanya keluarga tidak tahu langsung mengenai kerjaya saya namun saya kemudian berterus-terang dan mengambil masa beberapa bulan untuk meyakinkan mereka.

Gayat itu sudah tentu saya rasa tetapi tidaklah fobia hingga menjejaska­n kerja saya.

Masa saya mula-mula buat kerja di bangunan tinggi, memang berdebar-debar tetapi pada masa sama teruja sebab minat.

Saya tidak mengambil masa lama kerana dalam tempoh seminggu saja saya dapat menyesuaik­an diri dengan kerja ini.

Cabaran paling ketara ialah cuaca kerana di luar kawalan kita. Kalau sudah separuh jalan di tengah bangunan misalnya tiba-tiba hujan, kilat atau guruh, kami perlu turun ke bawah terus jika tidak jumpa sebarang akses masuk ke dalam bangunan.

Angin satu lagi cabaran yang membuatkan kami terhuyung-hayang di tepi bangunan.

Perjalanan kerjaya saya masih panjang kerana baru setahun lebih dalam bidang ini. Satu hari nanti, saya harap ada peluang untuk saya meningkatk­an kemahiran dalam bidang kimpalan pula.”

 ??  ??
 ??  ?? NURUL Nadirah (kanan) memeriksa kelengkapa­n rakannya sebelum masing-masing menjalanka­n tugas. PENYELIA memastikan setiap kerja dilakukan mengikut standard tinggi bagi mengelak sebarang kecelakaan.
NURUL Nadirah (kanan) memeriksa kelengkapa­n rakannya sebelum masing-masing menjalanka­n tugas. PENYELIA memastikan setiap kerja dilakukan mengikut standard tinggi bagi mengelak sebarang kecelakaan.
 ?? FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN ??
FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN
 ??  ?? ASPEK keselamata­n terutama memakai kelengkapa­n dititikber­atkan bagi memastikan SOP dipatuhi.
ASPEK keselamata­n terutama memakai kelengkapa­n dititikber­atkan bagi memastikan SOP dipatuhi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia