Harian Metro

3 MAUT MASUK GAUNG

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

„ Tiga rakan terbunuh kenderaan dinaiki terbabas masuk gaung

Tiada kata yang dapat menggambar­kan kesedihan seorang ayah apabila menerima khabar duka anaknya dijemput Ilahi selepas terbabit kemalangan.

Zainuddin Wahab, 52, hanya menangis atas kehilangan anaknya,

Mohd Rizal, 20, termasuk ketika ditemui wartawan di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Dia reda dengan takdir Allah SWT namun tidak dapat menyembuny­ikan kesedihan atas pemergian itu sebaik dimaklumka­n pada jam 7 pagi.

“Anak saya keluar semalam (Sabtu) bersama kawannya, nak berjalan ke Kuantan, (tapi) saya tak pasti dia keluar jam berapa dan dengan siapa.

“Dia memaklumka­n kepada ibunya (Rahana Harun, 50), tetapi pagi tadi (semalam) rakannya menelefon kami memberitah­u dia kemalangan.

“Saya sedang bertugas ketika itu, tidak tahu keadaan sebenar Rizal sehinggala­h, ketika dalam perjalanan ke HTAA dari Kemaman, dapat berita yang dia sudah tiada,” katanya masih bersedih dengan kehilangan itu.

Mohd Rizal meninggal dunia bersama dua lagi rakannya, Akira Alinnatasy­a Mohd Jaafar, 16, dan Nur Alya Ariana Azman, 16, selepas Perodua Myvi dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dalam gaung di Jalan Semambu, di sini, jam

6.30 pagi semalam.

Dua lagi rakan mereka iaitu Muhammad Firdaus Mohd Noor, 22, yang juga pemandu kereta dan seorang lagi yang belum dikenal pasti, parah dan dirawat di HTAA.

Zainnuddin yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n berkata, Mohd Rizal anak ketiganya daripada lima beradik dan seorang anak yang ceria, ramah serta baik dengan orang tua.

“Saya reda dengan pemergiann­ya. Selepas selesai bedah siasat ini, kami akan bawa jenazah pulang untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuang, Kemaman, hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, ibu kepada Nur Alya Ariana, Sarina Abas, 42, berkata, dia dimaklumka­n kemalangan itu oleh kakak kepada seorang lagi mangsa yang datang ke rumahnya di Kemaman.

Katanya, dia bergegas ke HTAA bersama keluarga namun terkejut apabila dimaklumka­n anaknya sudah meninggal dunia.

“Kalau ikutkan, hari ini (semalam) mereka akan pulang dari Kuantan. Alya seorang yang pendiam, namun dia banyak membantu saya sekeluarga dalam pelbagai perkara,” katanya yang memberitah­u jenazah anaknya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Pasir Gajah, Kemaman.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengusung dan mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kereta.
ANGGOTA bomba mengusung dan mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia