Harian Metro

KERETA LEMBU ARAK PENGANTIN

„ Tetamu turut mengenakan pakaian Melayu tradisiona­l

- Hassan Omar cnews@nstp.com.my

Majlis perkahwina­n pasangan muda berusia 18 tahun di Pandan Perdana di sini, semalam, diserikan dengan adat dan pakaian busana Melayu yang bukan saja dipakai pengantin, malah sebahagian besar tetamu.

Lebih meriah apabila pengantin, Muhammad Amirul Asyraf Mihat dan Siti Nur Alisya Haron diarak ke Dewan Balairong Banquet, Plaza Pandan Perdana, dengan menaiki kereta lembu.

Kereta itu ditarik dua lembu ‘sado’ kira-kira 200 meter sebagai mengembali­kan tradisi mengarak pengantin dalam masyarakat Melayu Melaka tradisiona­l yang popular sekitar 1960-an hingga hujung 1980-an.

Adat mengarak pengantin itu diserikan dengan iringan paluan kompang yang diselang-selikan lagu pengantin dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sejurus tiba di pekarangan plaza, mereka sekali lagi diarak tetapi kali ini di atas tandu dipikul lapan kakitangan Bintang Katering, iaitu syarikat tempat Muhammad Amirul Asyraf bekerja yang dimiliki abang angkatnya, Mohd Eszahar Mansor, 33.

Apabila turun dari tandu, pasangan terbabit disambut tiupan serunai dan paluan gendang kumpulan pencak silat yang mempersemb­ahkan silat pulut, sebelum persembaha­n tarian asli kanak-kanak.

Muhammad Amirul Asyraf berkata, dia bersyukur kerana berjaya merealisas­ikan majlis dihiasi budaya tradisiona­l masyarakat Melayu diilhamkan ahli keluargany­a dengan bantuan Mohd Eszahar.

“Alhamdulil­lah, saya bertemu jodoh pada usia muda. Isteri yang baru menamatkan persekolah­an bersetuju mendirikan mahligai bahagia pada usia sebegini muda.

“Kami juga gembira dan bangga dapat mempraktik­kan adat dan budaya Melayu tradisiona­l, terutama dari aspek busana. Terima kasih kepada tetamu yang sudi mengenakan pakaian Melayu tradisiona­l seperti tema yang kami cadangkan,” kata anak bongsu daripada lapan beradik itu.

Sementara itu, Mihat Ahmad, 62, berkata dia dan isteri, Robiah Abu Bakar, 59, berbesar hati menyambut tetamu dalam majlis diserikan dengan busana Melayu tradisiona­l yang diadakan khusus untuk anak bongsu mereka.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Amirul Asyraf
dan Siti Nur Alisya tiba di pekarangan Plaza Pandan Perdana, Melaka sambil disambut anggota keluarga dan tetamu yang
berbusana Melayu tradisiona­l.
MUHAMMAD Amirul Asyraf dan Siti Nur Alisya tiba di pekarangan Plaza Pandan Perdana, Melaka sambil disambut anggota keluarga dan tetamu yang berbusana Melayu tradisiona­l.
 ??  ?? PASANGAN diarak di atas tandu sejurus tiba di pekarangan Plaza Pandan Perdana.
PASANGAN diarak di atas tandu sejurus tiba di pekarangan Plaza Pandan Perdana.
 ??  ?? KERETA lembu yang membawa pasangan pengantin.
KERETA lembu yang membawa pasangan pengantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia