Harian Metro

Kumpul RM179,876

- Teoh Pei Ying dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ 2,123 peserta sertai Larian Amal Tahunan Beautiful Rush 2018

Pusat Perubatan Mahkota (Mahkota) menganjurk­an Larian Amal Tahunan bulan lalu, dalam usaha meningkatk­an lagi dana untuk membantu wanita dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Stanley Lam berkata, sebagai penyedia perkhidmat­an kesihatan, pihaknya terpanggil untuk meraikan setiap wanita dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan dan kurang bernasib baik.

“Tahun ini masuk tahun keempat kami menganjurk­an larian amal dan sambutan diterima sangat positif.

“Ada peningkata­n progresif berbanding empat tahun lalu iaitu kenaikan 165 peratus jumlah penyertaan manakala dana dikumpul naik 328 peratus.

“Kami berjaya mengumpul dana berjumlah RM179,876 manakala jumlah peserta pula seramai 2,123 orang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lam berkata, aktiviti dijalankan sejajar dengan penjenamaa­n dilakukan selain pihaknya berikrar untuk bersama-sama membina masyarakat yang lebih sihat di negara ini.

“Kami di Mahkota komited untuk membina komuniti yang sihat dan maju. Kami berharap dapat menganjurk­an program pendidikan berterusan yang lebih profesiona­l untuk doktor dan jururawat.

“Selain itu, kami juga mahu meningkatk­an kesedaran kesihatan dan menganjurk­an aktiviti pendidikan untuk orang ramai dan bukan hanya kepada pesakit.

“Dana yang dikutip adalah daripada yuran penyertaan, penajaan dan sumbangan dalam bentuk wang tunai,” katanya.

Menurutnya, semua sumbangan disalurkan kepada rakan kongsi amal, AgapeCARE dan Wings Melaka Centre dalam bentuk wang tunai dan baucar perkhidmat­an kesihatan.

Larian sejauh enam dan 12 kilometer bermula jam 6.45 pagi itu membabitka­n 2,123 peserta dalam kategori lelaki dan wanita terbuka.

 ??  ??
 ??  ?? SESI pelepasan peserta Larian Amal Tahunan Beautiful Rush 2018 turut dilancarka­n Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
SESI pelepasan peserta Larian Amal Tahunan Beautiful Rush 2018 turut dilancarka­n Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia