Harian Metro

LONJAK DAYA SAING

- Sri Ayu Kartika Amri cnews@hmetro.com.my

„ MIDA perkenal pelbagai insentif galak penggunaan Industri 4.0

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) menggalakk­an penggunaan Industri 4.0 dalam kalangan pemain industri kerana ia memberi lonjakan diperlukan untuk meningkatk­an daya saing Malaysia di peringkat dunia.

Ketua Pegawai Eksek utifnya, Datuk Azman Mahmud berkata, antara kemudahan disediakan MIDA ialah Elaun Modal Automasi (ACA) yang bertujuan menggalakk­an penggunaan segera automasi terutama dalam industri berintensi­fkan buruh.

Katanya, MIDA juga menggalakk­an kerjasama industri-akademik dan aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang lebih tinggi aktiviti untuk meningkatk­an kecekapan produktivi­ti.

“Dengan tumpuan meluas kepada Industri 4.0 dalam Bajet 2019 dan pelancaran Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0 yang dikenali sebagai Industry4W­RD, kami menjangkak­an lebih banyak pelaburan

dan berteknolo­gi tinggi direalisas­ikan di Malaysia. “Di bawah Dana Impak Tinggi MIDA iaitu Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) dalam bentuk geran padanan bagi menggalakk­an lebih banyak aktiviti R&D, pensijilan antarabang­sa dan piawaian serta pemodenan kemudahan dan peralatan.

“MIDA setakat ini meluluskan 308 projek dengan pelaburan RM14.7 bilion dengan nilai geran yang diluluskan RM1.51 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya percaya potongan cukai berganda bagi perbelanja­an berkaitan Skim Latihan Dual Nasional untuk Industri 4.0 dan program berkaitan lain diluluskan MIDA mendorong lebih banyak syarikat melatih atau menaik taraf tenaga kerja mereka dalam aktiviti Industri 4.0.

Menurutnya, MIDA juga menubuhkan Portal i-Insentif di bawah Bahagian Pejabat Penyeragam­an dan Penyelaras­an Insentif (ICCO).

“Platform ini memberi manfaat dalam membantu inisiatif penilaian semula ini memandangk­an portal terbabit pusat sehenti yang menampilka­n maklumat mengenai semua insentif di negara ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia