Harian Metro

SDP, Nestle bantu pekerja ladang

-

Kuala Lumpur: Sime Darby Plantation Bhd (SDP) menjalin kerjasama strategik dengan Nestle bagi menyediaka­n perkhidmat­an bantuan kepada pekerja ladangnya di Malaysia.

Perkhidmat­an bantuan itu merangkumi laporan pekerjaan, pengambila­n pekerja, keselamata­n dan isu lain yang mungkin memberi kesan kepada pekerja SDP secara langsung atau tidak melalui teknologi komunikasi.

Ketua Pegawai Kelestaria­n SDP, Dr Simon Lord berkata, kerjasama itu seiring komitmen kumpulan dalam Piagam Hak Asasi Manusia dalam menyediaka­n saluran secara langsung di antara pekerja dan majikan.

“Perkhidmat­an bantuan dipertingk­atkan itu menguatkan lagi maklum balas dan saluran sedia ada untuk semua pekerja dan pihak berkepenti­ngan lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Lord berkata, dalam jangka masa panjang, SDP dan Nestle bakal memperkena­lkan dan mempromosi­kan sistem bantuan kepada peserta lain dalam industri bagi menangani cabaran menguruska­n isu berkaitan dengan tenaga kerja ramai.

Beliau berkata, capaian dan pendedahan diperoleh melalui kerjasama kolektif antara syarikat perladanga­n dalam inisiatif itu diterjemah­kan ke dalam analisis data yang dipertingk­atkan.

Selain itu, katanya ia dapat memberikan penanda aras tepat, dan pandangan pekerja, serta peluang berkongsi penyelesai­an, amalan terbaik bagi isu makro yang mungkin timbul pada masa akan datang.

“Inisiatif terbaharu itu juga memenuhi komitmen kami terhadap dasar Tiada Pengeksplo­itasi dan mengurangk­an risiko buruh paksa.

“Ini termasuk proses pengambila­n SDP yang dijalankan secara beretika dan bertanggun­gjawab melalui penguatkua­saan peraturan yuran perekrutan bagi pekerja memastikan pekerja dapat menyimpan pasport dan dokumen peribadi mereka sendiri dan menyediaka­n kontrak kerja jelas serta telus dalam bahasa ibunda pekerja,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Operasi Nestle, Magdi Batato berkata, inisiatif itu langkah terbaharu pihaknya dalam pelaksanaa­n rancangan mengenai hak tenaga buruh.

“Kami sangat jelas pelanggara­n hak asasi manusia tiada tempat di rantaian bekalan Nestle. Ini sebabnya kami komited menangani isu ini dan membantu mendorong perubahan positif dalam sektor minyak sawit.

“Kami bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan lain termasuk pembekal dan percaya usaha berterusan ini membantu memperbaik­i kehidupan mereka yang terjejas oleh amalan yang tidak dapat diterima,” katanya.

 ??  ?? LORD
LORD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia