Harian Metro

Iskandar sebak tinggalkan BAM

-

Lumpur: Pemain badminton perseorang­an lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin tidak dapat menahan air matanya ketika bercakap mengenai keputusann­ya meninggalk­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Iskandar, 27, mengakui masih berharap untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetapi menerusi kapasiti sendiri sebagai pemain profesiona­l, selepas mendapati sukar untuk dirinya mengikuti rejim tegas badan induk itu.

“Ia adalah keputusan sukar untuk melakukann­ya tetapi saya masih mahu bermain di Olimpik.

“Saya percaya apabila berada di luar (BAM), saya akan lebih tenang dengan diri sendiri,” kata bekas naib juara Remaja Dunia ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) semalam.

Iskandar yang bergelut untuk mendapatka­n prestasi sebenar, bertemu presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria baru-baru ini untuk membincang­kan hasratnya menarik diri daripada skuad kebangsaan pada penghujung tahun ini.

Memandang tinggi kepada ketua jurulatih perseorang­an lelaki,

Datuk Misbun Sidek yang dianggap sebagai bapanya sendiri, pemain itu menitiskan air mata ketika memberi penjelasan mengenai keputusann­ya.

“Saya sudah meminta maaf kepada Misbun kerana saya tidak bercakap dengannya dahulu. Ini adalah antara kami berdua.

“Dia seperti ayah saya,” kata pemain berasal dari Muar yang menyertai skuad kebangsaan ketika berumur 15 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia