Harian Metro

‘Saya akur kata mufti’

-

Kuala Lumpur: “Saya tidak nampak dan perasan ada kesalahan serta percanggah­an daripada segi fiqh dalam drama berkenaan.

“Mungkin tajuk yang menjadi pertikaian beberapa pihak, saya tidak pasti jika tajuk yang dimaksudka­n (Mufti), bagaimanap­un saya terbuka menerima pandangan beliau.

Demikian komen pengarah drama Isteri Untuk Disewa, Osman Ali selepas Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri memuat naik status dan sekeping gambar menulis surat terbuka kepada pengarah itu di Facebook rasmi miliknya, semalam.

Dalam status itu, Dr Zulkifli menulis ada mustafti (meminta fatwa) yang bertanya mengenai beberapa isu fiqh dalam drama itu dan beliau sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama berkenaan.

Osman berkata, drama dibintangi pelakon Fattah Amin dan Tiz Zaqyah baru ditayangka­n tiga episod dan setakat ini, tiada yang bercanggah dengan fiqh.

“Saya sedang menunggu apa yang hendak disuarakan jabatan agama sama ada membabitka­n tajuk atau selain daripada itu.

“Tapi sebenarnya jalan cerita tiada langsung unsur sewaan isteri, cuma khidmat orang yang bermasalah dalam perhubunga­n untuk dibantu dan kemudian menyamar untuk jadi isteri saja tapi tidak berkahwin betul-betul, jadi saya tidak nampak bercanggah daripada segi agama ke apa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, drama itu baru tiga episod dan belum sampai kepada penceritaa­n sebenar dan tidak adil jika orang ramai mengadilin­ya tanpa melihat keseluruha­n cerita sebanyak 24 episod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia