Harian Metro

Seni Mah Meri

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Ketika tarian menyambut kedatangan tetamu diadakan di rumah utamanya, sekumpulan lelaki berada di belakang kediaman itu bersama beberapa bongkah kayu di bawah pondok.

Daripada leka menyaksika­n rakanrakan berada di atas rumah bergembira menari mengikut alunan muzik menyambut tetamu oleh Orang Asli daripada etnik Mah Meri di Pulau Carey, Selangor, penulis mengajak jurugambar untuk meninjau apa yang dilakukan kumpulan lelaki di pondok belakang rumah.

Sebaik saja tiba dan menyapa, mereka menghadiah­kan senyuman serta sopan menjemput kami berdua duduk untuk melihat kerja ukiran kayu yang sedang dilakukan. Ada juga hasil kerja tangan itu sudah siap dibentuk dengan pelbagai motif alam semula jadi.

Tangan kasar seorang lelaki etnik Mah Meri itu memegang erat bongkah kayu yang sudah siap dipotong mengikut saiz diinginkan manakala pahat bermata tajam yang dipegang pada tangan satu lagi memahat bongkah kayu itu penuh berhati-hati.

Penulis difahamkan, bongkah kayu itu daripada pokok nyireh batu yang diambil apabila cukup tempoh matangnya kerana jika tidak ukiran yang dihasilkan mudah pecah dan rosak.

Penulis cuba mengangkat satu bongkah kayu yang sudah dipotong itu dan tidak sangka ia agak berat. Dalam diam penulis mengagumi etnik Mah Meri yang arif dalam bidang seni ukiran.

Jika tidak, masakan hasil seni ukiran kayu anak kera bergayut pada ibunya hasil sentuhan mereka diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketika berbual, penulis diberitahu patung yang diukir mempunyai pelbagai

 ?? FOTO ?? HASIL ukiran yang kemas dan sedia untuk dijual kepada pengunjung.
FOTO HASIL ukiran yang kemas dan sedia untuk dijual kepada pengunjung.
 ??  ?? KEMAMPUAN etnik Mah
Meri dalam ukiran kayu turut dimasyhurk­an menerusi penulisan buku.
KEMAMPUAN etnik Mah Meri dalam ukiran kayu turut dimasyhurk­an menerusi penulisan buku.
 ??  ??
 ??  ?? TOPENG yang diukir mempunyai karakter tersendiri.
TOPENG yang diukir mempunyai karakter tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia