Harian Metro

Masih berbisa

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

„ Mat Yo jaring gol tunggal Harimau Malaya

Penyerang ‘otai’ Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha membuktika­n dirinya masih berbisa apabila menjaringk­an gol tunggal yang memisahkan Malaysia dengan Kemboja sekali gus memulakan kempen Piala AFF dengan langkah kanan di Stadium Olimpik Phnom Penh malam tadi.

Kemenangan 1-0 itu cukup penting buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam misi melepasi halangan Kumpulan A di mana mereka bakal berdepan Laos, Vietnam dan Myanmar selepas ini.

Ini pertemuan ketiga Malaysia dan Kemboja dalam saingan Piala AFF dengan skuad negara turun dengan rekod kemenangan 3-2 dalam dua perlawanan pada edisi 2000 dan 2016.

Cheng Hoe tiada masalah menurunkan kesebelasa­n terbaik dengan jentera serangan diterajui kapten Zaquan Adha Abd Radzak, Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia Safawi Rasid dan pemain naturalisa­si dari Gambia, Mohamadou Sumareh.

Bagaimanap­un, pemain yang mencuri tumpuan adalah penyerang berusia 32 tahun, Norshahrul atau Mat Yo yang meledak gol menerusi tandukan jarak dekat pada minit ke-30 selepas dia melepaskan peluang terbaik lapan minit sebelum itu.

Gol itu meredakan tekanan skuad negara selepas pasukan tuan rumah kendalian Felix Gonzalez lebih banyak menguasai bola di atas padang tiruan namun hanya penyudah penyerang mereka Reung Bunheing dan Chan Vathanaka kurang tajam.

Malaysia, juara edisi 2010 sebenarnya boleh mendahului permainan lebih awal namun bola rembatan kaki kiri Safawi terkena tiang kanan gawang Kemboja ketika penjaga gol, Um Vichet sudah tertewas di minit ke-26.

Bersambung babak kedua permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan mengatur serangan untuk mendapatka­n gol.

Selepas minit ke-70, Cheng Hoe memasukkan Shahrel Fikri dan Ahmad Hazwan Bakri dan mengeluark­an Zaquan dan Norshahrul bagi menguatkan jentera serangan.

Peluang terbaik skuad Harimau Malaya untuk menggandak­an jaringan hadir pada minit ke-80 namun Sumareh yang melakukan larian di sebelah kanan gagal menewaskan Um Vichet serta percubaann­ya pada masa kecederaan terkena tiang untuk kedudukan kekal 1-0.

Dengan format baharu tanpa tuan rumah, Malaysia akan kembali ke tanah air dari Phnom Penh untuk berdepan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 12 November ini, disusuli Vietnam di Hanoi (16 November) dan Myanmar di SNBJ (24 November).

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim akhirnya mengumumka­n peletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu, semalam.

Pengumuman mengejutka­n itu dibuat Hasnul pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Eksekutif PAFA, namun beliau masih belum menyerahka­n surat peletakan jawatan itu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat untuk memberikan tumpuan terhadap tugas politiknya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembanguna­n Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong.

Katanya, beliau akan menyerahka­n surat peletakan jawatannya itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizul Azumu dalam tempoh sehari dua lagi dan hasratnya untuk meletakkan jawatan sudah diketahui

 ??  ?? NORSHAHRUL (tiga dari kiri) meraikan gol dengan rakan sepasukan.
NORSHAHRUL (tiga dari kiri) meraikan gol dengan rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia