Harian Metro

‘Nyawa’ sepatutnya dibayar ‘nyawa’

-

Ahli keluarga mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi mendesak kerajaan tidak memansuhka­n hukuman mati mandatori kerana ia didakwa tidak adil dan hanya akan menyumbang kepada peningkata­n kes jenayah berat dalam negara.

Desakan itu dibuat ahli keluarga mangsa membabitka­n kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony

Kevin Morais dan pegawai bank, Wong Jing Kui.

Anak sulung Sosilawati, Rita Dekritawat­i Yuliana Buhari berkata, setiap individu perlu mendalami keperitan ahli keluarga mangsa terbabit sebelum bertindak menyokong pemansuhan hukuman itu.

Katanya, pihak berkaitan juga wajar mengambil kira aspek penting semua kes berkenaan iaitu kehilangan nyawa dan pesalah sepatutnya dikenakan hukuman setimpal.

“Nyawa sepatutnya ‘dibayar’ nyawa. Ketika mendengar berita pelaku yang membunuh ibu akan digantung, semua ahli keluarga lega dan gembira.

“Ia menguatkan semangat kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

“Saya sedar ramai membangkit­kan soal kemanusiaa­n, namun apabila individu yang membunuh ibu, adakah mereka memikirkan soal itu.

“Ibu adalah seorang usahawan, ramai yang bekerja dan mencari rezeki dengannya, bagaimana dengan nasib mereka, tidak adil jika kita mansuhkan hukuman mati dalam hal ini,” katanya yang kelihatan sebak dalam sidang media di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia