Harian Metro

TAK LAYAN MINTA GAM

-

“Suami saya terima sembilan jahitan di kepala selain kecederaan teruk pada tangan kanannya,” kata isteri kepada Zainudin Wahab,

60, yang diserang jirannya dengan pisau, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, warga emas berkenaan diserang lelaki berusia 41 tahun di pekarangan rumahnya di Persiaran Ampang Saujana, di sini.

Kejadian dipercayai berpunca apabila suspek yang juga pesakit mental meminta gam, namun mangsa enggan melayan permintaan lelaki terbabit.

Latifah Alias, 59, berkata, suaminya dilibas dan ditikam dengan pisau oleh lelaki terbabit di kepala dan tangan.

“Saya menyedari kejadian itu jam 6 petang apabila mendengar bunyi bising dari luar rumah.

“Sebaik membuka pintu, suami berlumuran darah. Dalam keadaan panik saya terus hubungi ambulans dan polis.

“Suami dirawat di Hospital Ampang, di sini,” katanya, di sini, semalam.

Latifah berkata, suaminya masih lemah dan trauma dengan kejadian itu.

Ketika ditanya mengenai kesan insiden itu terhadap keluargany­a, Latifah berkata mereka masih takut dengan apa yang berlaku.

“Sehingga hari ini, saya menggigil memikirkan kejadian itu. Suspek tinggal di depan rumah, walaupun dia ditangkap, kami sekeluarga tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

“Dia didakwa ada masalah mental dan memiliki kad orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Katanya, sebelum ini lelaki terbabit sering dilihat menjerit dan bergaduh dengan penduduk di sekitar perumahan berkenaan.

Wanita itu berkata, suspek pernah bertindak ganas dengan memukul anak lelakinya menggunaka­n tongkat.

“Saya ada enam anak termasuk empat lelaki yang tinggal bersama di sini.

“Dua bulan lalu, anak lelaki berusia 30 tahun pernah bertengkar dengan suspek sehingga dipukul menggunaka­n tongkat kerana isu kerusi di bawah blok rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner

Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada isteri mangsa jam 8 malam.

“Isteri mangsa yang juga suri rumah memaklumka­n terdengar bunyi bising di kawasan luar rumah mereka.

“Wanita itu membuka pintu dan mendapati badan suaminya dipenuhi darah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, motif kejadian dipercayai berpunca apabila suspek meminta gam kepada mangsa, namun dia enggan memberikan­nya.

“Difahamkan, suspek pesakit psikiatrik dan direman tujuh hari bermula semalam (kelmarin) hingga 14 November ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan parah menggunaka­n senjata,” katanya.

Lelaki parah ditikam jiran sakit mental

Remaja berusia 17 tahun yang melarikan kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger di sini, Rabu lalu, ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang jam 11.10 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, pemilik kenderaan menyedari kehilangan Ford Ranger yang diletakkan di hadapan kilang di sini jam 8 pagi dan semakan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek mencurinya jam 3.45 pagi.

Menurutnya, susulan itu, mangsa membuat laporan sebelum anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Task Force Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim mengesan suspek.

“Suspek ditahan di rumah di Bukit Mertajam sebelum dibawa ke IPD Kulim untuk tindakan selanjutny­a.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai mencuri kenderaan itu untuk digunakan bagi mengangkut barangan lain yang dicurinya,” katanya semalam.

 ??  ?? MANGSA cedera di tangan dan kepala akibat ditikam jirannya menggunaka­n pisau. KESAN darah di lantai rumah mangsa.
MANGSA cedera di tangan dan kepala akibat ditikam jirannya menggunaka­n pisau. KESAN darah di lantai rumah mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia