Harian Metro

MUKA MELAYU NAMA CINA

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

Foto jutawan kosmetik dijadikan gambar profil 200 akaun palsu FB

Penerbit filem, Datuk Ray Imran, 47, seolah-olah ‘menjadi ikon’ sindiket kerana gambarnya digunakan sebagai gambar profil lebih 200 akaun Facebook (FB) palsu bagi memperdaya wanita.

Bukan itu saja, jutawan kosmetik ini juga pernah diugut akan dibelasah kerana didakwa ‘mengurat’ isteri orang.

“Penggunaan profil palsu ini pernah berlaku Oktober tahun lalu dan saya ada memuat naik mesej menjelaska­n kepada umum mengenainy­a tetapi mungkin tidak begitu diberi perhatian.

“Bagaimanap­un, tahun ini, lebih ramai penjenayah guna gambar saya di lebih 200 akaun FB dengan nama berbeza termasuk nama lelaki berbangsa Cina.

“Saya juga banyak terima panggilan dan mesej daripada mangsa yang ditipu selain diugut pukul kerana mengganggu isteri orang,” katanya.

Menurut Ray Imran, ramai mangsa turut menghubung­i beliau selain mengirim mesej memaklumka­n ditipu sehingga mengalami kerugian besar.

Katanya, sebahagian besar wanita yang menghubung­inya berusia 30 hingga 60 tahun termasuk isteri orang.

“Pada mulanya, mereka menyangka saya menipu tetapi apabila saya beri penjelasan baru mereka faham.

“Mangsa memaklumka­n individu yang menyamar itu berjanji mahu mengahwini dan memberi mereka hadiah. Ada juga mangsa memasukkan sejumlah besar wang sehingga puluhan ribu ringgit kerana percayakan janji penipu terbabit,” katanya.

Menurut Ray Imran, selepas mangsa memasukkan wang ke akaun individu itu, penjenayah terus lesap.

“Saya akan buat laporan polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, saya kumpul banyak tangkap layar

akaun palsu yang menggunaka­n nama saya sebagai bahan bukti.

“Malah, selain FB, ada juga gambar digunakan di saluran lain seperti Instagram dan aplikasi Wechat,” katanya yang tidak mahu perkara itu menjejaska­n kredibilit­inya sebagai usahawan.

 ??  ?? ANTARA gambar Datuk Ray Imran yang disalah guna sindiket Love Scam.
ANTARA gambar Datuk Ray Imran yang disalah guna sindiket Love Scam.
 ??  ??
 ?? Datuk Ray Imran ?? Tahun ini, lebih ramai penjenayah guna gambar saya di lebih 200 akaun FB dengan nama berbeza termasuk nama lelaki berbangsa Cina”
Datuk Ray Imran Tahun ini, lebih ramai penjenayah guna gambar saya di lebih 200 akaun FB dengan nama berbeza termasuk nama lelaki berbangsa Cina”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia