Harian Metro

BAYAR RM60 BUAT DOSA

„ Seramai 45 orang termasuk sembilan pelajar ditahan sertai pesta dadah dan seks

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Serdang

Kenakan caj ‘yuran’ RM60 bagi setiap individu yang mahu menyertai pesta dadah dan seks.

Itu modus operandi penganjur yang juga seorang penuntut universiti yang dikesan menjadi dalang aktiviti pesta liar diadakan di sebuah unit kondominiu­m.

Penganjur terbabit dikesan menyewa unit kondominiu­m di Seri Kembangan di sini, pada harga RM390 semalam selain ‘menyajikan’ pelbagai jenis dadah kepada peserta pesta liar berkenaan.

Bagaimanap­un kegembiraa­n kumpulan remaja dan belia tempatan yang menyertai pesta itu terbantut apabila polis bertindak menyerbu dan menahan 45 peserta pesta itu pada jam 3.45 pagi kelmarin.

Sembilan daripada individu ditahan dikenal pasti sebagai pelajar sekolah menengah sekitar Serdang yang disahkan positif mengambil dadah dadah.

Semua individu ditahan berusia antara 14 hingga 26 tahun dicekup hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Ketua Polis Daerah

Serdang Asisten

Komisioner Ismadi

Borhan berkata, individu yang menyertai pesta berkenaan membabitka­n pelajar sekolah menengah dan penuntut universiti.

Menurutnya, kumpulan itu menerima undangan dari penganjur yang menetapkan bayaran RM60 setiap seorang.

“Penganjur menyewa sebuah kondominiu­m dengan harga RM390 semalam khusus untuk mengadakan parti liar.

“Peserta pesta itu dihidangka­n dengan pelbagai jenis dadah termasuk ganja, ketamin dan methapheta­min,” katanya pada sidang media di IPD Serdang di sini, semalam.

Ismadi berkata, ketika serbuan dilakukan semua

individu terbabit berada dalam keadaan khayal. “Polis tidak menolak kemungkina­n kumpulan itu terbabit dengan pesta seks selepas berada dalam keadaan khayal.

“Mereka ini menggunaka­n kod rahsia dan aktif di dalam aplikasi WeChat untuk menganjurk­an pesta liar,” katanya. Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati seramai 33 individu positif dadah jenis ganja dan methaphata­mine.

“Polis turut merampas 11 biji pil ekstasi dan 0.44 gram dadah jenis ketamin.

“Semua mereka ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? ANTARA peserta parti liar ditahan dalam serbuan di sebuah unit kondominum di Seri Kembangan.
ANTARA peserta parti liar ditahan dalam serbuan di sebuah unit kondominum di Seri Kembangan.
 ??  ?? PENGANJUR menyewa sebuah kondominiu­m dengan harga RM390 semalam khusus untuk mengadakan parti liar.
PENGANJUR menyewa sebuah kondominiu­m dengan harga RM390 semalam khusus untuk mengadakan parti liar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia