Harian Metro

Dari langit

-

biro turut menjelaska­n sekiranya kes ditutup atas faktor cap jari suspek tidak dapat dikesan maka tindakan saman boleh diambil terhadap pihak polis.

“Polis kena betul-betul buat kerja, barulah kes ini boleh cepat diselesaik­an. Kalau cakap cap jari tak dapat dikenal pasti, mesti saya saman.

“Sebab pada hari kejadian selepas hampir dua jam baru pasukan forensik sampai, waktu itu hujan renyai-renyai pastinya kerusi itu juga basah dan mungkin menyebabka­n kesan cap jari hilang.

“Bayangkanl­ah kejadian kira-kira jam 8 malam tetapi jam 11 lebih baru mayat anak saya boleh dibawa keluar dari lokasi sebab menunggu pasukan forensik,” katanya.

Menurutnya, selain berjumpa wakil Biro Bantuan Guaman, dia turut mengambil inisiatif menemui Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan

Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC).

Malah dia turut berjumpa Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil bagi memastikan kes anaknya dapat diselesaik­an segera.

Mengenai perkembang­an terbaru keluargany­a pula, Sathiasila­n berkata, dia bersama isteri M S Kasthuriba­i, 45, dan anak sulung mereka akan berpindah ke kediaman baru awal tahun depan.

“Isteri sangat trauma, bayangkanl­ah ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri meninggal dunia di pangkuanny­a. Malah isteri turut memegang otak mendiang yang terburai.

“Tiada sambutan Deepavali untuk kami pada tahun ini. Kesedihan kesan tragedi ini masih membelengg­u kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi ‘si pembunuh’ masih belum ditangkap dan didakwa,” katanya.

Dia turut menyuaraka­n rasa kesal berikutan kes membuang objek dari tingkat atas kediaman bertingkat masih berlaku di negara ini.

Baginya seolah-olah kematian anaknya tidak memberikan kesan atau mengubah sikap penghuni kediaman bertingkat.

“Objek yang berat seperti itu, budak kecil tak boleh dan tak larat nak angkat campak dari koridor, tentunya kerja orang dewasa,” katanya.

Jelasnya ketika baru berpindah ke PPR Seri Pantai iaitu pada April 2003, dia pernah terkena sisa nasi dan kuah yang dicampak dari tingkat atas menyebabka­n badan dan pakaiannya kotor.

Selepas kejadian kepalanya bocor ditimpa sepit udang bersama roda hadapan basikal, pemuda ini mengakui masih trauma walaupun sekadar hanya untuk berjalan di tingkat bawah bangunan PPR Gombak Setia yang juga kediaman keluargany­a.

Muhammad Iqmal yang tinggal di tingkat enam bangunan itu berkata, setiap kali mahu melalui tingkat bawah dia akan mengelakka­n daripada melalui kawasan berdekatan rumah pembuangan sampah.

Katanya, lokasi insiden menimpanya terletak berhampira­n rumah pembuangan sampah yang dilengkapi beberapa tong sampah besar.

“Segelintir penduduk yang mahu membuang sampah atau objek tak berguna malas nak turun. Jadi hanya campak saja dari atas dengan harapan masuk terus ke dalam tong sampah berkenaan.

“Sikap malas, tiada kesedaran sivik dan tidak bertanggun­gjawab itulah yang menyebabka­n saya hampir hilang nyawa. Syukur saya masih bernafas.

“Kalau polis berjaya tangkap pelaku yang buang objek berkenaan hingga kena kepala saya harap bawa individu berkenaan berjumpa saya. Biar dia lihat sendiri kecederaan saya tanggung atas perbuatann­ya,” katanya.

Dia yang mendapat cuti sakit (MC) selama 10 hari berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang jaring atau bumbung di tingkat bawah berhampira­n koridor dan tempat pembuangan sampah berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakka­n insiden sama menimpa orang lain akibat sikap malas segelintir penghuni kediaman bertingkat itu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Muhammad Iqmal cedera di kepala dan menerima 15 jahitan selepas terkena tayar dengan sepit udang yang dibuang dari tingkat atas blok PPR itu.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa menunggu rakannya di tempat letak motosikal sebelum terasa sesuatu objek terkena di atas kepalanya.

 ??  ?? SATHIASILA­N
memegang gambar mendiang anak bongsunya
Sathiwaran.
SATHIASILA­N memegang gambar mendiang anak bongsunya Sathiwaran.
 ??  ?? MUHAMMAD Iqmal ketika menceritak­an kejadian kepada wartawan.
MUHAMMAD Iqmal ketika menceritak­an kejadian kepada wartawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia